Saturday, June 5, 2010

Puteraku Idi...



Lagi tentang kesayangan:

Idi oh Idi...semalam masa umi pergi ambil Mia, umi dah teragak-agak nak terus pergi ke Penang, nak jenguk Idi. Rindu sangat! Umi tahu Idi busy study dan ada Kem Kecemerlangan untuk SPM. So, Idi sebagai BWP memang sibuk. Jadi umi tak mahu ganggu. Umi pun terus balik ke KL. Oleh kerana rindu sangat kat anak umi nih, umi try call Ju, kawan idi...tapi tak berjawab. Mungkin dia tak bawak fon, tapi umi hantar juga mesej melalui fon juhairi. Sorry ju...

Kenapa Idi tak call umi, walaupun terubat juga rindu tatkala dapat sesekali berchatting, umi hanya nak tahu Idi balik bila? Semalam, Ju call umi. Thanks Ju...owh, rupanya kem idi habis hari khamis depan. Pastu Ju cakap dia dan idi akan balik dengan bas petang khamis tu sebab pada hari jumaat Ju mintak tolong umi hantarkan dia ke airport KLIA  nak pergi ke Italy. Insyaallah.  

Ermm...bestnyer...umi dengar-dengar ada orang tanya size baju umi...hehe...nak beli hadiah kat Rome...wah! Hadiah harijadi umi jauh nyer nak beli. Thanks2! ngeee...bestnyer ada juga orang yang menghargai umi. Tapi umi tak mengharap, saja jer tulis ni dan mengwar-warkan. Kasi gempak sikit!! Haha...SUDAH!! Umi gurau je laa...Kalau nak beli kena beli ABAYA la ko umi Haha! Lupakan....

Tak sabar tunggu Idi balik, banyak benda nak kongsi. Nak dengar ustaz azhar ngajar sama-sama. Idi mesti suka sebab loghat terengganu. Nanti nak tengok reaksi Idi. Pastu bila abah mengajar @ usrah nak Idi ada sekali. Sembahyang berimam satu family. Rindunyer!
Oke la Di...umi dah tak dapat menulis panjang, umi hanya doakan anak umi tersayang ini sentiasa diberkati perjalanannya dan sentiasa beroleh kejayaan dunia akhirat. SPM dah mendekat Di...nanti Idi lah pula akan menjadi peneman umimasa tunggu result spm nanti,  bila semua orang masuk mengaji...hehe!




1 comment:

Sarazaqea said...

Mak look younger than me. How can this be ? ehehehehehehehe