hujan...oh...hujan...telah ku rasai tempiasnya
Pengalaman paling manis yang tak pernah terpadam dari insan kerdil lagi hina ini. Betapa syahdunya rasa tatkala titis-titis jernih membasahi sekujur diri ini suatu ketika dahulu tatkala aku sedang bertawaf...
Tiba-tiba sahaja angin bertiup deras, rintik-rintik hujan mula turun namun tiada siapapun jemaah yang endahkan. Malah ada di kalangan jemaah yang bertakbir...
"Allah hu Akbar! Allahu Akbar!"
Semakin lebat hujan turun, semakin khusyuk jemaah menadah tangan kesyukuran di depan Kaabah yang mulia itu.
Aku salah seorang daripada mereka yang merasai kemanisannya. Hujan yang turun tanpa disangka-sangka. Menitis air mata sayu hamba tatkala terpilih menjadi tetamu-Nya.
Tawaf disudahi jua dalam takungan air separas betis..Aku amat rindukan moment indah itu. Biarpun yang terindah hanya sementara, namun di hatiku tak pernah lupa. Ketika itu aku bersama allahyarhamah bonda mertuaku tercinta...arwah mek; che shamsiah muda.
Hujan...oh...hujan...itulah tanda kebesaran rahmat-Mu ya tuhan...
Terimbas kenangan itu bila membaca khabaran tentang jemaah haji tahun ini bertawaf dalam hujan.
MEMORI indah di sudut hati...dan kini aku berkongsi...
Kenanganku sebagai tetamu Allah.
No comments:
Post a Comment