Salam selamat pagi,
sesegar mawar pink ini...
di pagi yang hening ini demam telah bertukar arah. Boss tak pergi kerja kerana demam melanda tiba-tiba minta panadol, batuk dan pening kepala.
merenung mawar merah jambu ini dapat juga melegakan rimas yang belum reda. namun dipanjatkan setitis doa dari yang maha Esa, agar anakanda tenang menjawab periksa.
AYAT PENAWAR DARIPADA API DAN RASA SAKIT
Surah al-Anbiya' ayat 69
Maksudnya: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"
:: Keterangan ayat ::
Apabila Maharaja Namrudz mendapati setiap kerja jahat yang dilakukan terhadap Ibrahim a.s. menemui jalan buntu, maka beliau telah mengambil keputusan untuk membakarnya. Taktik kotor itu mendapat sokongan setiap rakyatnya, sehinggakan seorang perempuan tua yang uzur turut bernazar menghantar kayu api untuk merealisasikan taktik kotor itu jika dia sembuh.
Sebuah lubang besar digali untuk dimuatkan dengan kayu api tersebut lalu dinyalakan api untuk membakar nabo Ibrahim di dalamnya. Nabi Ibrahim a.s. telah dicampak menggunakan lastik yang besar. Pada masa itu datanglah Jibrail a.s. untuk menawarkan pertolongan tetapi ditolak oleh Nabi Ibrahim a.s. kerana baginda hanya mendambakan kasih dan perlindungan Allah.
Malaikat penjaga awan turut menawarkan khidmat menurunkan hujan untuk memadamkan api yang besar itu, tetapi baginda tetap menolaknya. Diriwayatkan semua binatang merasa simpati dan berusaha memadamkan api dengan kudrat masing-masing melainkan cicak. Cicak makhluk yang jahat sebaliknya berusaha meniupkan api itu agar semakin bersemarak membakar Nabi Ibrahim a.s.. Menurut al-Zuhri daripada Aisyah r.h.a. itulah sebab mengapa cicak dipanggil sebagai 'Fuaisiq' yang bermaksud jahat. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69).
Rupa-rupanya kasih sayang Allah s.w.t mengatasi kasihnya makhluk-makhluk itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Api yang sifatnya panas dan membakar bertukar menjadi sejuk dan nyaman untuk Nabi Ibrahim a.s. Natijahnya keberadaan Nabi agung ini dalam api tidak menjejaskan baginda sedikit pun. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69)
:: Khasiat Dan Kaifiat Beramal) ::
Menurut keterangan ramai orang-orang soleh dan bertaqwa, ayat ini mampu menjadi penawar bagi bahaya kepanasan yang berpunca daripada demam, api dan sebagainya. Penulis pernah melihat pengalaman seorang wanita yang terkena tumpahan minyak panas ketika memasak tanpa melecur sedikt pun. Beliau terselamat daripada bencana tersebut berkat mengamalkan ayat ini.
Caranya ialah ayat ini dibaca tatkala berlakunya musibah itu sebanyak tujuh (7) kali dengan yakin akan rahmat Allah yang menyelamatkannya.
Doa ini pernah dibaca oleh Hassan al-Basri yang menyebabkan ia terselamat daripada kejahatan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi zalim yang terkenal dengan kegemarannya membunuh orang yang ingkar terhadap suruhannya.
Hasan al-Basri telah menegur perbuatannya membazir wang negara untuk pembinaan istana peribanya. Akibatnya, beliau merasa terlalu marah dan bercadang membunuh al-Hasan al-Basri. Al-Hasan yang tidak memiliki sebarang pengaruh dan kekuatan hanyalah berserah kepada Allah lalu memanjatkan munajatnya mengharap ihsan Allah dengan membaca ayat ini.
Tiba-tiba musuhnya itu sekelip mata bertukar menjadi kawan rapatnya dengan izin Allah, berkat daripada ayat ini. (Tabaqat Ibn Sa'ad, Kisah Hidup Al-Hasan al- Basri)
sama-samalah kita amalkannya denga penuh keyakinan. semoga mendapat berkat dengan izin Allah. Amin..
Umi nak pergi ambil kak ngah kat vista...sorry ngah...umi lambat sebab nak habiskan menitip huruf-huruf bermakna ini :)
2 comments:
Assalamu'alaikum. Jika melihat ayat 69 tersebut, adalah merupakan PERINTAH Allah kpd api spy tdk mmbakar Nabi. Ia bukan doa Nabi Ibrahim. Yg dinyatakan doa Nabi Ibrahim terdapat di dlm hadith. Baginda menyebut ayat 173 Al Imran. Wallahu'alam
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3184-al-kafi-1142-kisah-nabi-ibrahim-as-tidak-hangus-dibakar-api
Post a Comment