Monday, November 15, 2010

radix fried Chicken



Ragam si adik...

@ RFC


inilah dia adik reen; berusia 4 tahun..


Selepas solat maghrib di kedai ciksu, kami bersiap-siap untuk balik ke rumah. Kami singgah RFC dulu beli makanan untuk dinner. Tak larat nak masak. Tadi ciksu teringin nak makan masakan umi, tapi cik nor dan silma dah masak so..tak jadilah umi masak untuk ciksu. Kakak syasya demam sangat. Adik reen oke sebab boleh sembang-sembang dengan umi. Masa kat RFC, adek reen asyik merengek nak makan kat situ...




Akhirnya berjaya juga pujuk dengan kentang putar...haa...adik makan yang ini ya...kesian kat kakak dalam kereta tu...demam. Mujurlah adik dengar cakap. kami tunggu jugak lah adik reen habiskan kentang putarnya itu sebagai gimik makan kat RFC...wuwuwuuuu...


Sampai rumah kitaorang mamam dulu dan masing-masing dah berpakat nak diamkan pasal buat kek tu sebab malas kerana kepenatan. Tapi si kecil itu mana nya dia lupa. Masa umi memencilkan diri barang sekejap untuk melepaskan sakit-sakit urat saraf...dia sibuk mencari...


"Umi...umi...umi janji... jangan tidur tau! Nanti nak buat kek pukul 12.00 tengah malam..."pesan adik reen. Waduh...dia masih juga nak buat...huhuu...tak boleh jadi ni.. kena buat juga kalau macam ni sebab takut dia teringat-ingat bila umi dah balik ke Kuala Lumpur nanti..


Jam sudah hampir pukul 11.00 malam. Umi pun masuk dapur dan sediakan bahan. Yang pasti telur hanya ada sebiji sahaja. Adik reen berkeras nak letak sebiji telur pun tak apa katanya. Alahai...kedai buka lagi ke nih? Umi pun ambil kunci, ajak adik ke kedai untuk beli telur. Kata adik reen.."kita tengok dulu..kita tengok dulu kedai buka ke tak...eleh...bijak sungguh dia, dah la ingat jalan tu.. suruh umi masuk jalan sini...umi ikut jalan itu...aturnya. huhu.


Telur sudah dibeli, umi pun mula buat adunan kek tersebut. "adik nak tolong umiii..." rengeknya lagi. layan je lah...lepas siap semua maka tiba lah masa bakar kek tersebut. Tapi ciksu suruh kukus sahaja memakan masa 45 minit. Sementara menunggu kek masak, adik merungut..."ala...lambatnya masak kek..haa...adik tahu sebab apa kek ni lambat masak...ni mesti sebab umi letak telur banyak!! aduss...cerdik sungguh dia...orang bubuh 4 biji telur aje lah. Itu la pasal dia nak letak sebiji je...nak kasi cepat masak la iyer! Haiiih!


Dan akhirnya....pukul 12.15 tengah malam, masaklah kek adik dan umi...kata adik...kek untuk umi warna-warni...kek untuk adik warna pink. Lepas letak flowers n love love merah tu...adik pun mula menghias kek untuk umi. Bagi aje la dia hias...biar puas hati dia! Dan inilah hasilnya kek untuk adik dan umi...





kakak demam...


Kesian kakak memang tak larat...demam. Adik cakap " kakak kakak...bangun la..makan kek umi buat ni...bangun la kakak" sedih pulak dengar! Alhamdulillah...tengah-tengah malam buta kami pun makan la juga kek tersebut...nasib baik ramai anak buah ada, siap letak-letak lilin lagi adik reen nak tiup. Anak buah yang ada...hanif, syilma, nor, adik su-eid, kak long, mummy, umi, adik reen dan kakak syasya. Habis la jugak kek ituh!


Malam itu adik reen tidur dengan umi, tidur atas lengan umi, tidur bawah ketiak umi. Kak long jangan jeles! Sebelum tidur adik dah janji siap set set lagi...esok nak ajak umi pergi beli aiskrim pulak dah...kata adik...umi suka makan aiskrim tak? Esok kita pergi beli aiskrim kat umi beli telur tadi, oke! Lepas tu baru lah dia terlelap/


adik reen ooo adik reen...esok umi pagi-pagi lagi nak turun..sebelum adik bangun pagi...





No comments: