Monday, November 8, 2010

Trauma!!! Tragedi di depan mata...




Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Astaghfirullahhalaziiimmmmm...
Astaghfirullahhalaziiiiiim...
Astaghfirullahhalaziiiiiiiiiiiiiiiiii....

Baru sebentar tadi ROMPAKAN BERSENJATA berlaku di depan mata.
dua buah kereta menghimpit sebuah kereta bmw, sepantas kilat sehingga aku teragak-agak hendak meneruskan pemanduanku atau tidak kerana semua ini berlaku selang sebuah kereta sahaja di depan ku yang sedang memandu.



Perompak yang ber-harrier hitam di depan bmw manakala sebuah kereta lagi di belakang kereta mangsa yang sedang dipandu. Dari kereta perompak yang di belakang keluar empat orang bersenjatakan kapak dan parang. Cermin kereta bmw dipecahkan, tayar dipancitkan dan kunci kereta diambil.mereka melarikan dua buah handbag dari mangsa. Selepas itu mereka terus meluru ke arah Serdang dengan lajunya .Nasib baik tiada pertumpahan darah berlaku.
Profesional sungguh perompak itu.



Aku yang kepanikan, tak semena-mena menghentikan kereta apabila melihat mangsa adalah saudara seagama dan berbangsa melayu. ketika itu aku pun memandu sorang-sorang. Naluri untuk membantu kuat mengajakku. Walhal rasa takut dan sebu masih mengganggu.



Kata mangsa mereka dari petronas hendak ke maybank. Ya...mereka awal seminit dari aku melalui jalan itu. aku pun dari petronas juga dan memang follow mereka. Rupanya perompak2 itu di depanku. Dan mungkin mereka sudah aim kepada mangsa...
Alhamdulillah Allah melindungi aku...



Ya,
tragedi menggerunkan ini akan aku jadikan sebagai peringatan. Memanglah macam-macam peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian, di akhbar-akhbar terpampang macam-macam cerita yang tak mampu digapai oleh akal, tapi kejadian tadi telah membuka mindaku untuk meningkatkan waspada di masa akan datang.
Ya Tuhan...lindungilah kami walau di mana saja berada.



susah juga jadi orang kaya,
aku bersyukur dengan apa adanya~







4 comments:

:b.i.e.l.a: said...

ya ALLAH, dasyatnya umi,,, nsb baik xde nyawa melayang,,,
risauya, bahaya ada di mana2,,
apa2 pun, umi take care kalo travel sorg dri (=

umi~wannza said...

tq sayang...comelllll =)

ardinihumaira said...

dni traumatengok mayat tepi jalan dua hari lepas. huuu... ada masuk paper semalam...
meh peluk umi..

umi~wannza said...

itu la pasal...mace-mace...peluk dni pakat kenalim lutut..





meh meh umi suap rebung...(;