Thursday, November 18, 2010

Saya nak jadi diri sendiri



Seringkali berada di persimpangan dilema demi menjaga hati rakan taulan, kaum kerabat dan kenalan rapat yang sering mengajak berniaga...MLM!


Penat memasak...penat lagi bila fikirkan pasal nak jawab soalan cepu mas yang datang bertalu-talu. Bukan apa...nak cari ayat paling ringkas dan padat serta mudah difahami tanpa perlu menyakitkan hati...


Puas dah aku fikir...kenapa mesti aku? Kenapa? Kenapa asal saja orang nak buat bisness mereka cari aku untuk jadikan downline mereka. Lebih parah lagi asyik aku la jugak yang mereka nampak untuk dijadikan stokis produk mereka.


Yang terkilannya ialah...bila tiada bisness, langsung tak ingat kita. Bila kita diperlukan lemak berkrim lagi bermadu mereka mengutus salam. Tak cukup dengan mesej inbox, mesej kat enset...tak puashati...calling-calling pulak...aduh...rimas lah saya kalau macam ni.


Kadang-kadang baru jumpa pertama kali kat kedai kain pun, ada yang beriya nak suruh kita jadi tokis. Bagi nombor telefon, siap cerita ada kilang sendiri dan ajak pergi kursus. Hati mula rasa keliru...ini peluang keemasan atau menjerat diri sendiri. Balik rumah mula perap segala perbincangan. Acapkali aku diamkan saja harapan mereka kerana aku memang tak bersedia. Tak nak cari masalah. Malas nak sibukkan diri jadi kuli..berlari ke sana sini untuk kepuasan orang lain...hoho!


Berniaga dengan syarikat jualan langsung ni...rasa dah muak melampau dah. Cara mereka mengayat pun macam dah hafal...masuk ahli tak mahal...rm (...) je...bila jadi stokis dapat lagi komisen...maaf, aku tak nak...aku dah bosan! Bukan aku tak pernah buat semua ni...macam-macam feel dan ragam aku dah jumpa cara mereka pujuk kita. Ada yang sanggup datang tiap-tiap hari pun aku dah lalui...last-last kerana bosan, aku mengalah. Semangat betul mereka sabar dengan kerenah kita, silap-silap time aku pergi pada prospek aku dikutuk macam ni jugalah...aku tak mahuuuuu....aku maluuu...


Dari dulu sampai sekarang, kalau bercakap pasal jadi ahli...dah bersusun-susun kit perniagaan jadi koleksi. Kalau berdiri belum tentu sama tinggi malah berkali-kali ganda lagi. Aduh...aku dah penat, aku dah tak larat nak dengar benda yang sama. Pergi la cari orang lain...jadi ahli...jadi stokis aku dah pernah. Macam-macam jenis...


Kutahu...aku insan lemah yang tak mampu menongkah...kadang-kadang atas rasa kesian, kadang-kadang kerana kawan...aku pasrah! kawan pulak pandai cari kawan bila tengadah..Sekarang aku nak jadi diri sendiri yang tetap dengan pendirian. Aku tak mahu masuk ahli apa-apa lagi. Nak jadi stokis jauh sekali!


ITU SAJA~



No comments: