Thursday, November 11, 2010

time busy sudah datang...



catatan sebelum pergi:

jawapan untuk idi..

'ya...umi pegi...'
'mekasih mi.'

umi pun cakap kat abah, umi nak ajak kak long dan kan ngah pastu abah cakap, abah nak gi jugaklah. nanti abah akan ambik cuti. umi pun khabarkan berita gembira itu sebagai tanda moral support kat anakanda yang bakal berjuang ....

Selang beberapa hari, abah khabarkan abah tak boleh pergi walaupun dah ambil cuti sebab pada hari dan tarikh yang sama abah kena ambil anugerah khidmat cemerlang. takpe umi pergi dengan kak long dan kak ngah nanti...kami akan bertolak awal sehari atas nasihat abah sebab takut tak sempat sampai pada jumaat jam 9.00 pagi. umi dah terima surat jemputan...

Jemputan Menghadiri Majlis Bacaan Yassin Sempena SPM 2010


Tarikh : 12 November 2010

Hari : Jumaat

Masa : 9.00 pagi

Tempat: Masjid Al-Mustaqim


Kami akan pergi sehari sebelum dan berhajat bermalam di sungai petani.
Selepas majlis hari jumaat akan terus ke Tapah dan bermalam di sana sebab nak ambil mia pada hari sabtu untuk pulang cuti raya dan cuti panjang....

Isnin kak ngah exam...


rabu hari raya menjelma..


sabtu korban tahun ini...idi punya turn..


isnin SPM bermula..


ciksu dah msg..dah call..jadi x mari sp
mia dah call...dah sampai ke mi...
bila nak mula gerak ni...kak long pun tak balik lagi~



haduiii.....
hujan turun mencurah-curah pulak, guruh pun berdentam-dentum. tadi sebelum abah turun ke ofis, abah pesan jangan bawa kereta laju-laju dan bawa kereta molek...oke, abah...insyaallah dan doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik.

umi dah masak untuk abah tu....oke...bye~



maafkan salah silap umi..

No comments: