Monday, November 1, 2010

Soal Jawab Agama : BIDA'AH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

01.11.10


teringin pula berkongsi ilmu yang cantik ini dari bacaan pilihanku, semoga berfaedah...

(....dari buku FURU' AL-MASA'IL)



Bidaah ialah perkara yang ada hubung kait dengan agama, yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dan juga pada zaman para sahabat, tetapi dilakukan selepas wafat Rasulullah SAW.



Pembahagian Bidaah



Soalan: Adakah benar pendapat yang mengatakan terdapat bidaah wajib, bidaah sunat, bidaah makruh dan bidaah haram. Apakah contoh-contohnya?


Jawapan : Memang terdapat bidaah yang WAJIB iaitu sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW tetapi dituntut dan diwajibkan supaya kita lakukan. Contohnya, kita diwajibkan mempelajari ilmu nahu dan saraf sebagai alat memahami al-Quran dan sunnah Rasul, kerana mempelajari ilmu-ilmu seperti ini adalah wajib.


Memahami hukum syariat adalah perkara wajib dan kita tidak akan dapat memahami hukum syariat melainkan terlebih dahulu memahami ilmu nahu dan saraf. Ini bererti jika kita tidak dapat menyempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia juga dikira wajib.


Adapun antara jenis bidaah yang HARAM ialah seperti fahaman Qadariyah, Murjiah dan Mujassimah. Mereka ini terang-terang menolak adanya bidaah yang wajib.


Adapun bidaah yang SUNAT ialah seperti membina Madrasah, menyediakan tempat mengikat kuda, bersolat Tarawih berjemaah di masjid dengan dua puluh rakaat seperti yang biasa dilakukan, dan begitu juga tiap-tiap sesuatu yang mempunyai kebaikan atau kebajikan yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.


Antara bidaah yang HARUS pula contohnya seperti berjabat tangan setiap kali selepas solat berjemaah, memakai songkok atau ketayap, meluaskan tangan baju dan berbagai-bagai lagi.


Adapun bidaah yang MAKRUH ialah seperti menghias bangunan masjid dan sekolah-sekolah.


Adapun bidaah yang TERCELA (mazmumah) ialah perkara yang menyalahi syarak kerana setiap bidaah yang termasuk dalam kategori ini adalah dikira sesat.




p/s : Kitab Lama dalam Bahasa Moden.






No comments: