Tuesday, October 12, 2010

Mengenali permainan squasy



Namaste!
Sedang santai-santai keseorangan layan siaran langsung perlawanan squash sukan komenwel yang sedang berlangsung di DELHI:2010. Perlawanan beregu campuran antara pasukan negara Nicol An David/Ong Beng Hee dengan pasukan India (lupa nama mereka). Pasukan Malaysia telah menang dalam perlawanan ini tadi. Menarik juga permainan ini. Sebelum ni tak pernah faham bagaimana cara permaianannya dan tak pula ambil kesah...tapi tadi tergerak hati nak mengenali cara permainan sukan ini yang telah melonjakkan nama Nicol An David sehingga terkenal seluruh dunia.

Nicol David, juara dunia lima kali dan juara Asia tujuh kali juga telah melengkapkan pingat elusif Sukan Komenwel dalam koleksinya yang tersendiri. Tahniah! Datuk Nicol David. Terujanya kerana Nicol adalah bekas pelajar sekolah Convent Green Lane iaitu pernah berkongsi sekolah yang sama dengan Mia semasa bersekolah di Penang. Beliau telah mendapat anugerah Datuk dari kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai menghargai jasanya kepada negara, beliau juga pernah membuat lawatan khas ke sekolah Convent Green Lane. Nampaknya kacang tak pernah lupakan kulit!


duduk barisan hadapan 3 dari kanan,Mia: skcgl


Mari mengenali permainan sukan ini:

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Squasy dikatakan permainan bereket yang dimainkan di lorong-lorong kecil di London seawal kurun ketujuh belas. Ia mula diperkenalkan di Harrow School di England kepada penggemar permainan raket yang bosan menunggu giliran kerana kekurangan gelanggang, sebagai alternatif atau pilihan kerana ia boleh dimainkan di dalam gelanggang yang lebih kecil. Selain daripada itu, ia boleh dimainkan sama ada secara luaran atau dalaman. Cubaan memainkan bola dengan menggunakan bola getah dengan raket berbentuk bet dan dipukul secara melantun ke dinding yang mengeluarkan bunyi seakan-akan ‘squasy’, akhirnya membawa kepada terciptanya permainan yang dipanggil squasy.
Semenjak dari 1875, squasy mula dimainkan di kolej-kolej di England, permainan ini terus berkembang ke Eropah. Pada tahun 1929, Persatuan Squasy telah ditubuhkan di England dan buku undang-undang atau peraturan permainan yang pertama dikeluarkan pada tahun yang sama. Pada tahun 1930, Kejohanan Squasy Terbuka England diadakan sehinggalah pada tahun 1950-an, dengan pemenang-pemenangnya adalah daripada kalangan pemain-pemain England. Hanya selepas itu, juara Kejohanan England dan antarabangsa didominasi oleh pemain-pemain dari Pakistan. Antara pemain squasy terunggul dunia ialah Jahangir Khan.

Tidak diketahui bila bermulanya squasy di Malaysia tetapi pada tahun 1939, kejohanan rasmi pertama telah diadakan di Kolej Melayu Kuala kangsar (MCKK). Kini squasy dimainkan di seluruh negara kita. Tahun 2006 mencatat sejarah kegemilangan permainan squasy di negara kita apabila Nicol Ann David, muncul sebagai pemain squasy wanita nombor satu dunia serta menjadi juara dunia. Kejayaan Nicol telah menjadi pembakar semangat dan menyebabkan lebih ramai pemain-pemain muda mula muncul seperti mana kejayaan negara dalam sukan badminton yang pernah dijulang oleh Keluarga Sidek, telah mencetuskan fenomena baru dalam permainan badminton di negara ini, apabila negara muncul juara Kejohanan Piala Thomas, 1992.

BAGAIMANA SQUASY DIMAINKAN
Permainan ini dimainkan di antara dua orang pemain dengan menggunakan raket dan bola squasy di dalam gelanggang segi empat lurus yang tertutup.

Skor atau Pengiraan Mata
Perlawanan ditentukan dalam tiga (3) atau lima (5) permainan atau ‘game’ terbaik. Setiap permainan atau ‘game’ dimainkan dalam sembilan (9) mata. Pemain yang mendahului sembilan mata adalah pemenang. Jika kedudukan mata terikat 8 – 8, penerima servis akan membuat pilihan sama ada permainan akan diteruskan ke sembilan atau sepuluh mata. Mana-mana pemain yang mendapat sembilan atau sepuluh mata terlebih dahulu, dikira pemenang. Seperti badminton, pemain yang membuat servis sahaja yang mendapat mata sementara yang menerima servis pula, hanya boleh merampas servis semula.

Kedudukan Servis yang Betul dengan garisan

Tidak Dipijak
Selepas memainkan bola, seseorang pemain mestilah berusaha untuk tidak menyekat pergerakan pemain lawan. Dia mesti cuba untuk :

(i) memberikan kejelasan kedudukan bola
(ii) tidak menghalang pergerakan lawan terhadap bola
(iii) memberikan lawannya kebebasan atau ruang untuk memainkan bola


No comments: