Thursday, October 14, 2010

Kekasih awal dan akhir...


Jadikan Al-Quran itu Kekasih

1) Kekasih yang terlalu istimewa.
~sekeping warkah dari orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali membacanya.
(zikrullah yang paling afdal yakni terbaik itu ialah membaca al-Quran)


2) Kekasih yang perlu dimuliakan.
~dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya.
("dan apabila al-Quran dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah
[dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya]
supaya kamu beroleh rahmat")
ingatan Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204


3) Kekasih yang Setia.
~orang yang bercinta dengan Al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya.
Apakah ukurannya?
Bukankah qiamullail itu adalah pengukur yang paling relevan?
Ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan!


4)Kekasih yang perlu Dibelai Sentiasa.
~bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya.
membelainya dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa cemburu dengan 'kegilaan' orang lain yang membaca kalamullah itu.
daripada Ibnu Umar meriwayatkan bahawa rasulullah SAW bersabda:
"Hasad [iri hati] itu tidak dibenarkan melainkan dua perkara,
seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan Al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam
dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam.

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah SWT.
Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini
sebagai ghitbah yang bermaksud sifat ingin berlumba-lumba.
Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu
sama seperti orang itu
dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.


Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama Al-Quran.
Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?


p/s: fikir-fikirkan dan selamat beramal...



1 comment:

ardinihumaira said...

mari kita beramal, umi

^__^