penghargaan buat semua yang terlibat, Lia yang baju jalur2 oren tue :)
Kalau tak silap, inilah kali pertama tengok teater secara langsung. Kali ini rasa sangat teruja sebabnya yang pertama, tajuk yang best... Ketika Cinta Bertasbih...karya asal dari novel yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy dan yang paling menarik minat untuk hadir ke pementasan itu adalah kerana adanya anakanda hamba yang tercinta sarah aka kak ngah yang memegang watak sebagai Lia iaitu adik kepada watak utama. Walaupun sebagai watak sampingan namun umi amat merasa bertuah dan gembira kerana dapat membawa umi ke dalam persekitaran dan pentas IMU yang bukan senang nak masuk kalau bukan warganya.
Tahniah! Memang mereka sangat berbakat...umi kagum sangat sebab para pelakonnya yang hebat terdiri dari keseluruhannya pelajar-pelajar medic yang langsung tidak terlibat dengan sastera tetapi dapat memberikan satu persembahan yang bagus dan berbakat. Semua sekali termasuk pemain piano yang best dan penyanyi real yang nyanyi lagu best sangat...sedap suaranya...boleh masuk realiti tv nih, hehee...serta mereka yang terlibat di sebalik tabir. Memang hebat! Watak-watak yang dipilih pun sangat kena dengan suara yang lunak belaka. Memang menjadi. Umi menangis kot sorang-sorang kat belakang...ngeh...ngeh...ngeh...kantoi! Umi yang pergi sorang-sorang, duduk sorang-sorang, balik sorang-sorang...puas!
kak ngah...umi bangga dengan kak ngah!
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
.umi doakan selalu.
sedap suara dia...lagu ini memang best!
No comments:
Post a Comment