Pernahkah kita terfikir mengapa beberapa perkara menjadi ikutan sewaktu majlis perkahwinan?
Misalnya mengapa pengantin memilih baju putih, mengapa sirih dan pelbagai lagi?
Pernahkah terfikir ia mungkin mengandungi maksud simbolik atau sekadar kepercayaan dan ikutan semata-mata? Jom kita semak....
~Mengapa pengantin memakai pakaian putih?
Putih melambangkan sambutan atau kemeriahan semenjak era Roman lagi. Dan dalam era Victoria ia juga bermaksud kekayaan. Akan tetapi selepas itu, putih melambangkan kesucian dan ia berkait rapat dalam soal perkahwinan. Sehubungan ini ia dikatakan juga melambangkan keadaan pengantin yang masih dara (sepatutnya) dan sebab itu sesetengah masyarakat tidak membenarkan janda memakai gaun putih ketika perkahwinan seterusnya.
~Mengapa pengantin memakai kerudung (veil)?
Asalnya, kerudung pengantin melambangkan keremajaan dan kesucian. Ramai pengantin kristian memakai kerudung untuk melambangkan kesucian dan menyambut kemeriahan menamatkan zaman remaja mereka.
~Mengapa pengantin digalakkan membawa sapu tangan?
Ia lambang tuah. Mengikut kepercayaan lama, peladang percaya air mata kegembiraan pengantin akan membawa tuah dan menurunkan hujan rahmat kepada tanaman mereka. Kemudian, kepercayaan ini ditambah dengan mengatakan pengantin yang menangis pada hari perkahwinannya tidak akan menangis tanda kekecewaan selepas perkahwinan itu.
~Mengapa sirih satu kemestian?
Ia digunakan sebagai pembuka bicara dan menyampaikan hajat di hati tetapi sebenarnya sirih satu ikutan adat Hindu. Ia digunakan sebagai alat bersosial atau untuk memulakan sesuatu persahabatan. Dalam perkahwinan melayu, sirih selalunya dilengkapi pinang, kapur, gambir dan tembakau.
~Mengapa ada kek perkahwinan?
Kek perkahwinan menjadi kemestian pada majlis perkahwinan sejak era Roman lagi. Sekeping kek akan dipatahkan di atas kepala pengantin pada penutup majlis untuk melambangkan kesuburan dan nasib baik. Pada zaman pertengahan, sudah menjadi adat bagi pengantin mengucup isterinya dengan meletakkan kek di antara mereka.
~Mengapa berlian dikaitkan dengan cinta?
Alam memerlukan berjuta-juta tahun serta kepanasan dan tekanan untuk menghasilkan berlian, bahan semula jadi paling keras diketahui manusia. Ia dijumpai dalam bentuk semula jadi, seperti dua piramid dan tidak dapat dipisahkan dahulu kala. Berdasarkan inilah, berlian dijadikan lambang semula jadi cinta setia yang tidak dapat dipisahkan.
~Mengapa cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis?
Orang dahulu percaya urat pada jari manis bersambung terus ke hati. Sebab itu ia dipercayai dapat membina dan memupuk cinta.
~Mengapa pengantin ditepung tawar?
Menurut kepercayaan orang dahulu, setiap perkahwinan perlu direstu dan menepung tawar adalah tanda perkahwinan mereka direstui. Adat ini sedikit sebanyak diambil daripada amalan agama Hindu sejak zaman berzaman. Baha-bahan yang digunakan seperti air mawar, beras dan bunga rampai melambangkan kemanisan hidup dan dimurahkan rezeki.
~Mengapa dipanggil bulan madu?
Pada kepercayaan kaum teuton, pengantin minum madu yang dijeruk 30 hari selepas majlis perkahwinan mereka. Ia dipercayai memberi kenikmatan seksual juga melambangkan kehidupan yang sihat dan kesuburan. Bulan penuh kemanisan ini biasanya untuk pasangan pengantin menikmatinya sebelum menempuh era yang penuh tanggungjawab dan cabaran.
sekadar berkongsi.....wallahuallam.
No comments:
Post a Comment