: layanlah kanak-kanak dengan baik kerana mereka adalah zaman silam kita,
hormatilah orang tua kerana mereka adalah masa hadapan kita :
sebahagian dari mereka yang berziarah raya...
Alhamdulillah...terima kasih pada yang sudi datang.
Maaf andai ada yang terkurang sana sini, umi busy tadi...sebab diorang sanggup menunggu umi masak lagi..huhu...umi sibuk di belakang tabir, tak sempat nak bermesra-mesra...
Dari jauh datang tu...ada yang pergi tawaf dulu...ada yang datang dari Jeddah...dari Sarawak...dari Sabah...sampai ada yang flight delay, terpaksa naik keretapi dan berjalan reramai bagai rombongan yang diketuai oleh seorang yang kacak! Jejaka Pahang yang bakal jadi orang Sabah...khabarnya...Hahahaa...terima kasih yang tak terhingga...buat shasha and the geng! umi amat menghargai...nasib baik mereka sanggup tunggu umi dan dapatlah bergambar juga selepas semua selesai. Masa ni ramai yang dah bersurai...Harap semua kenyang dan happy...
hmm...santai-santai, shasha dengan rombongan...
terima kasih pada semua sekali,
yang sesat ke...yang datang lambat sampai balik dalam hujan lebat ke...terima kasih...datang. Gambar lain dalam camera diorang...nak tengok jugakkk...!!!
menu hari ini:
nasi dagang
roti jala
koktel
buah
air honeydew dan oren
biskut raya
dan lain-lain...
kalau tak sempurna makan minum, harap maaf sebab memang tak grand2 pun...seadanya dengan kudrat sendiri jer!
SELAMAT HARI RAYA!
maaf zahir batin.
p/s: thanks jugak buat mat-ju yang datang walaupun sesat2, Mie yang datang walaupun lewat dan balik dalam hujan lebat...juga...haji Ibrahim dan isteri..kak eda dan pakcik Salleh yang datang dengan anak-anak. Terharu pula bila pakcik memang ingat nama umi...yea..nurhaliza...katanya, arwah kak pah selalu cakap nama umi nurhaliza...glamour, you! Dekat-dekat dengan nama Siti Nurhaliza dah tue...pakcik! hehe...salam lebaran.
2 comments:
nak roti jala... huhu... gulpp... terbayang kesedapan roti jala :D
meh...nak suap!
Post a Comment