Friday, November 5, 2010

Cara-cara memproses rebung supaya tidak pahit.



'Meluntur buluh biarlah dari rebungnya'
peribahasa ini amat sinonim dengan masyarakat melayu. Ini menunjukkan betapa dekat
dan perihatinnya masyarakat melayu dengan alam sekitar.


diambil terus segar dari ladang.... --->>



---->> dikupas kulitnya yang keras dan miang -->>



-->> dimayang mengikut cita rasa sendiri, boleh juga dicincang -->>


(yang ni potong siap untuk gulai dengan daging)

-->> lepas itu dicelur -->> dibalik-balikkan supaya sama rata -->>


(yang ni persediaan untuk sayur lemak)


->> disejat -->> kmd sejukkan barulah disimpan ke dalam peti sejuk supaya tahan lama...


(yang ini siap dipotong untuk dibuat acar lemak..)


di sini rebung diimaginasikan sebagai umbut kelapa yang biasanya dibuat acar masak yang biasa dijadikan menu pada majlis kenduri kendara di sebelah pantai timur.
nak cuba gantikan umbut itu kepada rebung pula.
satu percubaan yang berani...hikhikhik!



bercakap tentang rebung, tercuit hati ini bila ada yang memandang sinis bila berbicara, orang moden memang tak makan rebung sama juga dengan golongan remaja yang hanya kenal spaggeti dan sebagainya...tapi janganlah dipersendakan pula pada makanan nenek-moyang kita orang lama-lama...


Biasa terdengar orang akan cakap, eii...pahitlah...busuklah...hancinglah...
jangan begitu pakcik makcik adik kakak dan anak-anak dan abang-abang...
tak suka diam jer...saya pun tak nafikan rebung jeruk yang dekat pasar tu memang semacam baunya, saya pun tak pernah beli...nak makan rebung pergi ambik dan proses sendiri macam kat atas tu...masyaallah...sedap hingga menjilat jari!


tak tumbuh maka tak melata,
tak sungguh saya tak kata.


cuba la dulu baru tahu....meh sini biar saya masak kat awak~


marilah kita sama-sama majukan apa saja khazanah rimba yang kita ada, jangan bazirkannya begitu sahaja, sambil-sambil itu bolehlah kita saling bermuafakat umpama
'Aur dengan tebing'


pheuuww!


p/s: semalam pukul 3,30 am baru siap proses, macam nak kenduri pula rasa.
tapi sorang-sorang siap dan kemaskan~


6 comments:

nur iman said...

Uh!! rebun sesedap mumbe nyo.yummy! =)

umi~wannza said...

sedak...sedak...sayur lomak pon sodakk..

XUMNO said...

Terima kasih.

Andak amer said...

Camna nk ilang pahitnye.. Idok plak di kabo.. Hampehhh...

umi~wannza said...

Cara nak kurangkan pahitnya ialah:
1- hiris atau cincangkan dulu rebungnya kemudian dicelur atau direbus dengan air biasa hingga menggelegak, toskan & sejukkan boleh disimpan lama di dalam peti sejuk. ( rebung madu)

2- Boleh juga direndam dulu dengan air garam sebelum dicelur jika rebung ini terlalu pahit contohnya rebung biasa.

Sekian.

umi~wannza said...

Udah di kabo di setiap gambo tu puan...