Uhuk uhuk uhuk...
Hassshh....shem!! Bersin. Sakit tekak. Parau. Sakit belakang. Sakit lengan.
urat saraf terasa nyilu, kepala sakit berpusing-pusing. seriau kadang-kadang.
badan x panas tapi sengal di sana sini. Uhs! Macam-macam.
tiba-tiba rasa tak sedap badan, mungkin dek kepenatan.
Ya lah...minggu yang sarat dengan daging korban dan pengorbanan.
Dalam inbox msg yang sarat dengan ajakan berdirect selling...terselit mesej comel tapi tak pasti dari siapa. maaf terlupa nak save nama empunya number...
Indah langit kerana awan,
indah laut kerana kebiruan,
indah aidilfitri kerana KEMAAFAN,
indah aidiladha kerana PENGORBANAN.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
maafkan saya juga ye!
saya demam...huhu. anak exam, mak yang demam kot~huhu.
2 comments:
get well soon umi,,,
kalau mama saya demam pun sy risau,,
take a good rest (=
sweetnyer nabila chumil...thanks!
Post a Comment