Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan
'Happy Deepavali' buat aunty sefamily =))
foto: faiz manja atas dukong auntie, shuba, idi, kak adek dan kak long...
Hari ini pergi hantar Mia ke asramanya di Tapah. Suasana perayaan deepavali masih lagi terasa. Jalan masih lagi jamm, mercun berdentum di sana sini...meriah sekali di sepanjang perjalanan pulang tadi sementelah kami mengambil jalan kampung bagi mengelak kesesakan jalan raya sehinggakan nak isi minyak pun kena 'Q'.
Sebenarnya sejak hari jumaat lagi aku ingin mengabadikan sebuah entri buat aunty yang pernah kami kenali dan sangat baik hati. Tapi kerana busy aku hold kan dulu hasrat di hati. Beliau adalah bekas jiran kami semasa bermastautin di Ipoh, Perak. Aunty mempunyai lima orang anak lelaki yang mana amat menghormati jiran termasuklah keluarga kami. Oleh kerana aunty teringinkan sangat anak perempuan, mereka telah mengambil seorang anak angkat, yang dinamakan Shuba dan seusia dengan idi.
Kebetulannya waktu itu aku hamil anak yang ke empat. Semasa aku ingin melahirkan, aunty beria-ia hendak menolongku kerana kasihan melihat anak-anakku yang masih kecil lagi...
waktu itu...kak long berumur 6 tahun, kak ngah 4 tahun dan idi baru 2 tahun. Semua hal ehwal anak-anak memang aku uruskan sendiri.
Setelah kelahiran puteraku yang ke empat di Hospital Ipoh, aku hanya berpantang di negeri orang kerana anakku kak long sudah bersekolah. Tidak seperti sebelumnya yang mana aku akan balik ke kampung untuk tempoh berpantang dan segala urusan kelahiran...maka aku akan berehat panjang di kampung. Ini lah pengalaman pertamaku bersalin bukan di tanah air sendiri. Memang mencabar sekali...
Berkisahkan aunty...
anakku yang diberi nama (arwah) Abdul Rahman Faiz sangat manja dengan jiran-jiranku...terutama dengan aunty, opah, dan ibu (azah), mrs Yap sekeluarga.
mereka suka bermain-main dengan arwah kadang-kadang mereka bawa balik faiz ke rumah
untuk bermain-main dengan faiz. Memang semangat 1 Malaysia betullah. Sekurang-kurangnya ringanlah sikit penat lelahku melayan kerenah anak-anak.
Tapi terbalik pula bila anak azah...nabilah pula yang suka sangat kat aku. memang setiap hari tak sah kalau dia tak datang rumah aku...kadang-kadang dia akan mengamuk meraung menangis memanggil 'umi..ummi..ummiiii'. Siap 'hogeh' pagar lagi...
Kadang-kadang susah betul ibunya merayu nabilah pulang. Apa saja yang umi masak, sedap pula baginya. aku pulak suka melayan sehingga (aku rasa la) ibunya merasa agak cemburu kerana pernah dia kurung nabila tak bagi jumpa umi. huhu...memori terindah di ipoh dulu...
Aunty memang baik sangat orangnya, seingatku, aunty lah yang mengajarkan aku masakan ayam masak merah yang sehingga kini anak-anakku menyukainya. kadang-kadang bila anak-anak balik bercuti dai asrama masakan itulah yang dipinta aku memasaknya. Ayam masak merah umi lain kata mereka. Terima kasih aunty...
Kebaikannya pula diuji dengan kesakitan. Memang masa kami kenal aunty sudah pun sakit. Selalu berjumpa pakar...tapi aunty sangat tabah. Suami dan anak-anaknya pula sangat sayangkannya. Segala kerja rumah anak-anak lelakinya lah yang buat. Mereka juga sangat pembersih...kerja ligat dan perihatin...
Setelah kami pindah ke Terengganu, khabarnya aunty sudah berpindah. Masa baru-baru pindah dulu kami masih lagi berhubung...tapi sehingga ke hari ini tiada lagi khabar berita dari mereka kerana jiran-jiran kami yang lain pun sudah berpindah juga..ada yang pindah ke utara...ke pahang...kalau masih ada pun mrs Yap yang memang berasal dari situ.
Itulah...bila tiba perayaan deepavali, aku jadi rindu pada mereka yang memang baik hatinya yang pernah bertamu dalam memori hidupku.
bak kata seorang anakku yang baik hati juga...'sekali orang buat baik kepada kita, rasanya hendak dibalas lebih baik lagi dari itu'
aku memang setuju!
aunty...walau di mana saja berada, terimalah ucapan di hari kemeriahanmu...
5 comments:
epi diwali buat umi.. :D
ayoyo meenachii...epi diwali..
ayoyo meenachii...epi diwali..
Umi....Shuba laaa. bukan Subash..
(hehehe. boleh jugak komen) :P
oke oke...shuba...nanti umi edit ;)
Post a Comment