Wednesday, October 13, 2010

Al-kisahnya...


Pada suatu hari, ahli Basrah berdebat sesama mereka. Berkata salah seorang daripada mereka bahawa ilmu lebih baik daripada harta dan sebahagian lagi mengatakan harta lebih baik daripada ilmu. Mereka mengutuskan seorang utusan bagi mendapatkan jawapan daripada Ibnu Abbas. Ibnu Abbas menjawab " Ilmu itu lebih baik daripada harta".

Utusan itu meminta penjelasan daripada Ibnu Abbas mengenai jawapannya. Ibnu Abbas berkata "Katakan kepada mereka bahawa ilmu itu warisan nabi-nabi dan harta itu warisan firaun. Ilmu itu menjaga kamu dan harta itu kamu yang menjaganya. Ilmu tidak kurang jika dinafkahkan tetapi harta akan berkurang jika dinafkahkan. Orang yang berharta tidak lagi dikenang selepas kematiannya dan orang yang berilmu terus dikenang selepas kematiannya".

Kemudian utusan itu pulang kepada ahli Basrah dengan menyampaikan jawapan yang diberikan oleh Ibnu Abbas dan menyelesaikan perdebatan mereka.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu".
(Riwayat at-Tirmidzi)

2 comments:

ardinihumaira said...

kesimpulannya ilmu itu penting kan umi.. sobss... insaf insaf.. baru je rasa malas belaja :'(

umi~wannza said...

hehee....malas belajar tu sebab dok koya kan tarikh 20102010 @ 111111?
chop2!




gurau jerk! Dni....