Thursday, October 7, 2010

Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor dan harapan perkahwinannya.


catatan...tentang personaliti hebat.

Semalam kebetulan menonton tv dalam rancangan soal & jawab. Lupa pula...tv1 atau tv3 yang mana tetamunya adalah Datuk Dr Sheikh Muzaffar Sheikh Shukor, Angkasawan Negara. Macam-macam persoalan yang dibicarakan. Menarik sekali. Daripada kisah dunia angkasawannya sehingga ke misi beliau mendekati pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara. Bagaimana pendekatannya dengan pelajar di dalam dan di luar bandar malah pengamatannya tentang minat anak bangsa dalam bidang astronut ini.

Katanya antara pelajar di semenanjung dan sabah dan sarawak amat berbeza. Pelajar-pelajar dari Borneo lebih berkeyakinan tinggi, berani bertanya dan berbahasa Inggeris serta bersikap ingin tahu. Manakala jika di semenanjung, hanya pelajar dari bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang, Johor yang berani bertanya. Malangnya pelajar dari negeri pantai timur banyak mendiamkan diri dan lebih berminat untuk bergambar sahaja, katanya.

Disoal tentang bunga-bunga cinta yang mula berputik terhadap Dr Halina pula, jawabnya mereka saling mengenali sudah 8 tahun yang lalu. Beliau mengaku bahawa sebagai seorang yang suka berterus terang tentang perasaannya terhadap pasangan sehinggalah membawa kepada memperkenalkan kedua-dua pihak keluarga yang kemudian sepakat bersetuju dengan pilihannya itu. Tetapi kerana terikat dengan tugas angkasawan yang mana tidak boleh berkahwin maka tarikh perkahwinannya tertunda-tunda dari dua tahun ke dua tahun pula menjadikan hubungannya begitu panjang.

Beliau memilih Dr Halina kerana si jantung hatinya juga seorang doktor memudahkan urusannya sebagai seorang angkasawan dan saling memahami. Beliau tenang menjawab soalan cepumas tentang hari perkahwinan yang bakal menjelang pada 10.10.2010 pada hari ahad ini dan harapannya selepas hari bahagia itu. Rancangan ini juga menampilkan tunangannya secara visual juga menyatakan harapan pada perkahwinan yang bakal menjelang dan masa depan mereka kelak.

Apakah harapan kedua bakal mempelai ini?
Bagi Dr Sheikh Muzaffar, beliau inginkan seramai mana anak dan berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan perkahwinannya ini berkekalan. Manakala misinya selepas itu adalah ingin berkhidmat pada rakyat diAfrika dan yang senasib, apabila ditanya bagaimana dengan Dr Halina, adakah beliau akan membawa isterinya bersama. Jawabnya, ya! Tetapi sekarang ini Dr Halina terikat dengan tugasnya dengan kerajaan maka biarlah beliau seorang dulu menggalas tanggungjawab sejagat itu dan Dr Halina akan menjejaknya kemudian selepas habis berkhidmat dengan kerajaan.

Harapan Dr Halina pada perkahwinannya bersama angkasawan negara ini?
Dr Halina yang manis menawan yang dapat menambat hati jejaka kacak kegilaan ramai ini berkata, beliau akan menyokong segala harapan Dr Sheikh Muzaffar daripada inginkan anak yang ramai sehinggalah membantu mangsa-mangsa perang yang malang yang dimaksudkan oleh tunangannya itu. Harapannya agar perkahwinannya akan kekal abadi bersama selamanya.

Mereka juga menjemput seluruh rakyat Malaysia hadir ke majlis pernikahannya sebagai menghargai sokongan terhadapnya selama ini yang akan berlangsung di Masjid Besi, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Manakala majlis persandingannya yang bertemakan 'Pahlawan Melayu di Istana Kayangan' akan dihadiri oleh 100 orang rakan-rakan angkasawan dari seluruh dunia di PICC, Putrajaya. Pada majlis ini, 1000 tetamu khas yang diundang. Kepada sesiapa yang tidak dapat menyaksikannya boleh menunggu siaran yang ditaja oleh TV3 dan disiarkan selama sejam bermula pada pukul 9.00 malam, pada hari ahad nanti..

Selamat Pengantin Baru.

jumpa lagi.

2 comments:

ardinihumaira said...

semoga bahagia mereka berdua, amin..


;)


p/s:
dni teringin nak tengok dr harlina tutup aurat tau umi.. sebab dia boleh jadi contoh pada wanita2 lain. termasuklah kat seluruh negara. semoga termakbul, amin.. amin.. amin..

umi~wannza said...

harapan umi pun sama dni...sayang sekali. sebagai personaliti hebat di mata dunia seharusnya Dr Muzaffar mendorong isterinya kelak menutup aurat. Kalau dah manis tu, pakai apa pun tetap menawan.

Apapun Dr SMS yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Dr Halina nanti.
semoga diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah S.W.T
ameeenn...