Semakin hari terasa semakin sunyi dan sepi. Masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Tinggallah aku yang melopong sendirian tak keruan. Semakin dimamah waktu, semakin aku keliru, sekadar apakah yang aku termampu, menyongsong hari yang semakin lesu?
Selama empat hari ini, dua hari telah ku peruntukkan buat anak-anak tersayang. Jika jumaat lalu, ku ambil kak ngah kemudian terus ke UM bertemu kak long dan kami ke pasar malam kerinchi membeli YTF, lama benar aku tak masuk UM dan ke pasar malam ini...selepas hantar kak long, kami balik ke rumah dan lewat malam baru hantar kak ngah ke vista sea.
Paginya aku mengemas barang-barang serta pakaian suamiku yang akan ke Perak untuk empat hari atas urusan kerja. Kali ini aku tak ikut, sebab esok aku nak melawat si puteri bongsu di Tapah. Kalau tiada aral melintang, teringin benar aku ke Penang juga menjengok si jejaka bertuah yang sedang bergelumang dengan examnya...trial SPM peringkat negeri. Tapi kudiamkan dulu hajatku yang satu ini. Insyaallah, jika diizinkan Allah sampailah tu...
Begitulah seorang aku, seorang ibu yang tidak akan pernah tergamak membiarkan anak-anak. Jika yang ini kujengok, yang sejauh Penang itupun hendak ku kayuh kudratku untuk bertemu. Aku akan membahagi kasih ku ini sama banyaknya.Dalam situasi ini, hati dipagut pilu, air mata jatuh berjuraian tatkala teringatkan kata-kata seseorang yang tak pernah saling mengenal, aku menulis bukan untuk menunjukkan aku tunduk dengan lontaran kata-kata sinisnya yang tak pernah mengenal aku, aku menulis kerana aku adalah aku, Jujur kukatakan, sehingga ke hari ini aku amat terasa hati, dan bila aku terkenang aku akan menangis sepuas-puas hati. Tergamak benar kata-katamu itu kana...
Semalam, aku yang bertemankan kak ngah pagi-pagi lagi ke pasar borong selangor. Membeli stok seminggu untuk isi rumah vista. Sebenarnya aku ingin cepat, tapi ku usaikan dulu hajat mereka dan hantar ke sana. Selepas itu aku dan kak ngah terus ke Tapah melawat si bongsu, Mia. Mia demam,batuk dan lelah. Sejenak bersua canda, ku mohon permisikan diri dulu dari situ. Sebenarnya aku ingin sekali ke sekolah idi pula di Penang. Erm...kak ngah ada dua assignment yang kena hantar esok, tapi kak ngah bawa sekali dan sambil-sambil buat dalam kereta. Aku pun panjangkan langkah....
Dalam pukul 5.30 kami sampai ke soksek. Idi mungkin terkejut tatkala melihat kami terjungol kat sekolahnya. Kesian idi, mentang-mentanglah dia jauh, apakah itu satu alasan untuk tidak melawatnya. Bagi umi, tidak ada satu pun yang menjadi penghalang. Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih! Idi dah pesan awal...kalau nak jumpa, selepas jam 5.00 petang. Idi satu kelas ke open house rakan sekelas di rumah YB di kepala batas. Oleh kerana mereka masih belum sampai dari sana, umi lelapkan mata seketika melepas lelah memandu dari KL ke Tapah terus ke Penang. Hari ini umi suruh kak ngah pandu kereta. Bukan apa...biar terbiasa!
Seketika aku dikejutkan oleh idi. Umi! Katanya...kan idi dah cakap...kalau penat tak payah la datang. Kesian umi. Umi hanya tersenyum puas. Dapat menatap mata anak jejaka seorang. Biar jauh pun umi akan tetap datang. Tak lama dah...lepas SPM ni...hah..idi lah akan temankan umi nanti. Kami juga sempat jumpa juhairi. Romlah juga berhasrat nak jumpa umi. Umi tunggu tapi tak sempat...ada masa kita jumpa lain kali, yea! Umi perlu segera pulang kerana assignment kak ngah belum beres lagi. Bukan satu...tapi dua. Nak hantar esok. Perjalanan kami mungkin memakan masa 4-5 jam. Umi akan cuba sehabis mampu untuk segera sampai ke destinasi.
Mujurlah tadi idi berikan umi 'coklat DAIM' dan ;TOBLERONE' ole-ole dari Langkawi. Ada program SPM mereka ke sana. Umi suka 'coklat DAIM' sebab rasanya saling tak tumpah sejenis manisan buatan orang kampong dulu-dulu. Orang kampong macam umi ni panggil 'cekelat nesan'. Dulu mak long kiah yang selalu buatkan untuk umi...kalau dia datang rumah, dia akan bawa cekelat nisan tu...teringatkan arwah, umi rasa terharu. Dia akan cakap macam ni..."Nah! Ambik ni...mak long buatkan untuk za cekelat nisan ni, "nanti mak long ajarkan za buat cekelat ni,yea?" umi selalu minta mak long ajarkan cara membuatnya. Sayang seribu kali sayang, selepas umi kahwin, umi terus ikut abah tanpa sempat belajar membuatnya dari mak long. Kini, mak long tiada lagi...Namun begitu, coklat daim menyegarkan ingatanku pada mak long...
Dalam masa musafir itu, memang tidak dinafikan rasa penat menyelinap ke seluruh urat. Dari hujung kaki ke hujung kepala sangat berat. Mengantuk sangat, tapi hari dah beransur gelap. Malam itu, umi memandu agak laju. Namun rasa mengantuk menguji pemanduan. Mungkin kerana itu, umi terasa macam ada sesuatu yang tak kena...di tempat yang sama semasa bersama kak long dulu, kerana rasa mengantuk juga kami diganggu. Kali ini terbau harum bunga kenanga. Ya, bau yang harum sungguh! Masa ni kak ngah tertidur di belakang. seat depan sebelah umi tak ada orang. Terdiam...teringat kata orang usah ditegur andai ada sesuatu yang pelik berlaku tiba-tiba.
Meremang juga tengkok ini, tapi buat-buat tak reti. Sampai fly over dekat Sungkai, bau itu hilang begitu saja. Mujurlah umi tak lalai. Masa dengan kak long dulu, umi mengantuk dan minta kak long memandu. Sampai kat situ dalam mamai, ingatkan umi je yang nampak...rupanya kak long yang memandu pun nampak juga. Tetiba je ada kereta warna putih bertulis 'KERETA MAYAT' dengan tulisan yang besar sedang ditunda memotong kami. Kereta penunda pun berwarna putih juga. Kata kak long..."mi...umi nampak tak?" masa tu pun malam jugak dalam pukul 1.00 pagi kami dari sungai petani nak ke kl. ya..ya..umi nampak. cepat long...bawak laju-laju sikit tak nak kereta tu bersaing dengan kita...takuuuttt..." Lepas kawasan Sungkai tu...puas kami tunggu, tak ada pun kereta tu. Sampai d hentian Ladang Bikam, umi memandu pula. Memang pengalaman pertama nampak benda macam tuh!. Bila berlaku perkara yang sama...baru terfikir, rasa mengantuk yang amat sangat boleh mengundang situasi yang tak terduga. Mungkin gangguan itu akan mengundang padah jika kita lalai. Nauzubillah.
Mujur ada coklat daim pemberian idi tadi...umi kerik buat hilang mengantuk. Manis pun manis laaa...idi oiii...Akhirnya sampai juga di rumah. Kami bergerak dari soksek tadi jam 6.30 petang dan sampai dalam pukul 10.30 malam. Kak ngah terus mengemas sebab dalam keterpaksaan dia harus pulang ke rumahnya di vista demi menyiapkan dua assingmentsnya yang perlu dihantar esok. Sebenatnya umi sangat risau, tak nak kak ngah seteres! Dalam pukul 11.00 malam hantar kak ngah. Kalaulah boleh, mahu saja umi temankan kak ngah buat kerjanya. Tapi tak dapat parking dalam kawasan kondo tu sebab tiada pelekat...huhuu...umi pun pulang ke rumah, selepas kunci pintu umi terus tertidur...
ole-ole dari langkawi...i like it!
hanya Allah sahaja yang tahu betapa boringnya hidup...
dah hampir seminggu duduk di rumah bersendirian...
lamanyaaa...abah berpergian..bosannya...bosannya...mujur anak-anak ada dekat-dekat,
jika mereka tak balik, umi boleh pergi jumpa mereka.
namun Allah tetap ada,
sentiasa ada!
2 comments:
wooh cekelat nyum3 ^___^
umi boleh attentd program glitterati nuffnang 16hb ni kat taylor's college :D boleh hilangkan bosan.. jumpa blogger2 dan juga timba pengalaman. dni tak dapat pegi.. jauh
owh...bestnyer!! Umi tahu jalan nak pergi taylor's college tu, dulu selalu gak pergi kat situ. Tapi kan...kalau dni ada kan best...boleh pergi sama-sama. Jom la dni...umi tunggu sini, kita gi sama-sama.
tetiba rindukan seseorang.....
Post a Comment