Monday, October 11, 2010

Sekilas Pandangan


Tajamnya Mata Perempuan

Perempuan memang mempunyai pandangan mata yang cukup tajam. Mungkin kerana itu jugalah, perempuan mudah jatuh cinta serta mempercayai cinta yang lahir dari pandangan fizikalnya.

Seorang perempuan mampu mengenali sehelai rambut asing yang terlekat pada kemeja suaminya pada jarak 10 kaki! Mata mereka cukup tajam untuk melihatnya, mengenalpasti dan mengesahkannya. Namun, dengan mata yang sama juga, perempuan ini boleh meredah pagar rumah sewaktu mengundurkan kereta dengan alasan...tak nampak!

Apa pun, kajian makmal membuktikan persepsi mata wanita lebih mencapah, lebih lebar dan menjangkaui perkara yang tidak disangka-sangka. Sedangkan pandangan mata lelaki hanya lurus dan lurus bagai cahaya yang panjang di sebuah terowong. Jadi, kalau diri diamuk cinta hanya terpegun melihat mata si dia yang bercahaya bening, terpesona memandang senyumannya yang penuh aura, tampar pipi anda beberapa kali!
Kita hidup di bumi yang nyata. Semua ini tidak kekal, fizikal akan berubah, dan gerak hati kita ada ketika menipu kita terutama kala diri sedang asyik dipanah asmara.

Dan percayalah!
Cinta itu sukar dipastikan di mana puncanya, di mana akar umbinya, apakah sumbu cinta yang sebenar. Di hati...di mata? Sukar membuat kepastian! Cinta itu sedikit dalam serba serbi. Cinta itu cantik dalam kekurangannya di sana-sini.

Usah mudah terpedaya kalau pada awal pertemuan,kekasih yang digilai hanya dari renungan matanya itu, berubah 360 darjah selepas perkahwinan. Kalau dahulu renungan matanya dikatakan begitu ampuh, mampu membuat lutut menggeletar, mampu membuat bibir sendiri merasa kejang dan kebas untuk tersenyum...

Selepas satu ikatan yang sah, renungan mata itulah yang paling tak ingin kita lihat!
Benci melimpah tebing sebab al-kisah renungan yang tajam itu, yang dahulunya menikam hati tembus ke jantung sudah menjadi renungan beracun. Renungan itu satu signal si dia minta anda menggosokkan bajunya dengan lebih licin, renungan itu satu amaran, anda lambat bangun pagi, sedangkan si dia sudah selesai membasuh kereta dan sarapannya sekadar dua biji telur separuh masak, belum anda hidangkann!!

Nah, jangan mudah terpesona dengan bening pandangan matanya.

p/s: sekadar menulis...

3 comments:

ardinihumaira said...

;D insafff insafff... mulai hari ni dni nak bangun awal pastu nati kawin kalo deen bangun lambat dni siram je dia.. kalo dah siram dia maknanya selesai tugas dni. bab siram pokok bunga suh dia la.. miahahaha sajo nok gugha nga ui.peace peace! :D

umi~wannza said...

kikikii...dni nih, pagi-pagi dah gugha, ni deen sayang dni nih!
hehehee...

ardinihumaira said...

ngaaahaha... maley2 tok dey gugha.. gugha pagi2 pong jadi la ;p