Saturday, May 29, 2010

Irasshai mase.


welcome.
Mari Belajar Bahasa Jepun
dengan
 abah...
Hai



Santai dan best,
Kelakar dan Seronok,
Nak try mari la sini!!
Tapi esok kami xde,
abah ke Kuantan,
umi ke Perak
huhu.




Friday, May 28, 2010

Ya Allah Ya Rabbi



Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

suara ku berharap

lirik lagu Dik-waliband

Dik, aku pinta kau akan s’lalu setia
Dik, aku mohon kau s’lalu menemani
Saat ku tengah terluka
Kala ku tengah gundah

Reff:
Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku oh…
Dik, ingin aku cinta dan cinta s’lalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah

Back to Reff:

Kau akan menjagaku
Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh



suka lagu ni dan lagu daun hijau- suara ku berharap, jom sama-sama layanz!


Aku Hanya Ingin...



ke seberang.

Aku hanya ingin 

melihat bintang...

Ku mohon padaMu Tuhan.

Thursday, May 27, 2010

Plan hari ini:



Nak pergi sekolah mia sm sains tapah
seronok sangat mia, first time dapat balik bermalam di rumah
sempena hari Wesak.
jumaat-ahad
lepas tu terus exam seminggu
pastu cuti penggal pun bermula
tiap2 hari call takut umi lupa nak pergi ambik dia
alaaa...umi tak lupaaa...

Kalau sempat nak pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan 
JPJ wangsa maju dulu
nak perbaharui lesen kereta kak ngah
kelmarin dah nak pergi tapi agak lewat kami tukar plan 
ke Balai Polis Trafik PJ
nak langsaikan kak long punya saman
akibat accident hari tu
tapi sarjan tu cakap tak usah bayar dulu
tunggu 10-14 jun nanti baru mari
sekarang ni tengah berkuatkuasa
arahan dari KSU
saman tak boleh mintak diskaun
kitaorang nak bayar jer
tak mau utang2 dah
tapi kena akur saranan orang yang pengalaman
so, kami balik tanpa apa-apa bayaran 
x selesai apa pun hari ni
cuma beres pasal hantar dokumen kat JPA dengan kak ngah tadi
legaa...

Doakan umi selamat memandu hari ini ke Tapah
sekarang ni polis kuat menyaman orang
harap-harap umi tabah drive perlahan
110kmj
pasti mengantuk,kan? 

Wednesday, May 26, 2010

Sesatlah tadi!






kesesakan itu adalah di bahagian belakang bangunan, bukan di sini.

sempat ambik gambar di tempat yang terang, yang sesak xdpt sebab jem xley kuarkan camera...haha

Kat sini dah lega daa...dapat kuar dari kefeningan :}


Urgh! Jenuh tadi tersesat kerana nak cari tempat parking 
di sekitar bangunan ini.
Macamana laa.. penjawat awam kat sini
letak kenderaan mereka?
Jalan yang sempit, tapi parking kereta di kiri dan kanannya.
kami lalu hanya telus-telus bodi kereta sahaja.
urh! terasa gerunnya bila laluan kami terhalang dengan kenderaan 
yang datang dari  depan. 
Sedangkan kereta yang mengikut kami di belakang begitu panjang
owhs! Macamana ni?
Memang tak dapat dielakkan.
Dah sah-sah anak panah tunjuk laluan keluar yang betul kami ambil
Tapi kereta mercedes India tu tak mahu mengalah
dia tak nak undur kereta
pastu eksyen pula, buka pintu turun kereta datang dekat kami
dia tak nak undur juga.
umi tengok kereta yang belakang dia semua dah undur
jangan la macam tu
wahai pak cik India, takkan kami nak angkat ini crv punya kereta ka?
nasib umi dah jadi kepala
kat belakang tu dah macam ular...
cane nak undur?
Akhirnya, egonya mengendur
kalah mengundur, apa lagi 
kami senyum-senyum aje
Aduss!
Susahnya nak parking kat bangunan gah macam nih
pusing punya pusing punya pusing
tak dapat juga ke tempat yang dihajat
jalan mati jugak yang kami temu
itula...pak cik jaga tadi tak kerja betul-betul
tunjuk kat mana kereta pelawat harus akur.
syukur!
kalaulah tak sesat tadi mana kami nak tahu
situasi sebenar dalam tu. Tak terbuka hijab tersirat
Boleh tak gunakan
"budi bahasa budaya kita"
kan legaaa...

.entah apa-apa la umi cerita.
hurmmm



I Love Your Blog...


Terima kasih kepada ruffelly198.blogspot.com
bagi award ko umi ni..



Elly...O..o...O...Elly
=
guano ni cik elly
ore bagi award ko dio
dio bagi ko ore pulop
apa pun terimakasih bbaaannyok gitu,
sebab nama umi duk teratas sekali
dapat nombor satu umi tu,
hebak award dari elly ko umi nih.
malu umi nok naik pentas takdi
...hehehe...

*terima kasih*
-sila datang lagi-
nok kelik kelate wei...lop!
elly ni ialah kawan anak umi cik sarazaqea
kat intec dulu.
ore melor,kelate dan x-sekolah dia ialah
di depan rumah kami kat KB.

Eh, Eh, lupo nok bui ko ore lain pula,
KITA SIMPAN DULUUU>>>aci dop?
mahal awards tuh!
tunggu habis exam
kalu dapat results gempak baru kita bagi
hehehe...

ANDAI KAU TAHU...





Dan...
Andai ku tahu
Malaikat akan menjemputku
terkujur kaku seorang aku membisu
akan datangkah kau mengucup keningku?
mengucapkan salam terakhir buatku
dan kita tak akan lagi bertemu!

Andai ku tahu
esok atau lusa adalah saat pemergianku
sesungguhnya aku telah reda Kau hentikan elusan nafasku
setelah ku berikan seluruh kasih 
seorang ibu buatmu
sedangkan engkau semakin jauh berlalu
termangu aku 
rindu pada gelak tawamu dulu
amat menyiksaku.

Andai ku tahu
engkau membenciku
dan tak ingin mendekat padaku seperti dulu
 tidak bisa lagi aku membahagiakanmu
hanya ini yang termampu dariku
tiada makna airmata sayu
Tuhan  ambillah nyawaku.
Aku rela pergi dulu...




di saat itu; jangan kau tangisi aku,
biar ku bawa sendu kasihku sehingga berkecai jasadku.
masih adakah kasihmu padaku?


TUHAN, AMPUNILAH DOSA-DOSAKU
sebelum kau cabut nyawaku


:nukilanraga:
sekitar jam
6.00 am: 26510:rabu





Tuesday, May 25, 2010

Jalan-Jalan Cari Pasal





Hari ini kami keluar, bukan jalan-jalan tapi naik kereta. Kami pergi ke Bank Islam Universiti Malaya. Ada tiga urusan, semuanya dah selesai dengan jayanya. Kemudian kami ke Pusat Bandaraya. Teruja sangat nak ke sana sebab tak sabar nak cari sesuatu yang istimewa nak bawa melancong ke US. Heee...tak sabar nak bungkus cantik-cantik nie...

Kami (umi dan kak ngah jer!) parking kat sogo. Kak ngah solat dulu kat surau sogo tu, pastu kami romantis berpimpin tangan melintas jalan yang sememangya sibuk. Huhuu...sangat seronok jalan-jalan atas jalan TAR itu. Best sebab tak ada orang yang paksa kami suruh cepat-cepat dan kami selesa memilih sesuka hati. WOW!

Jalan-jalan cari pasal, ada ke patut terbeli karpet untuk mia...hehehee...bawa karpet itu lah ke hulu ke hilir. Leceh betul! Tak beli benda lain lah nampaknya. Karpetnya BESAR! dua orang inilah yang usung, hahahuhuhehe...padan muka kami. Kadang-kadang kami kelek, kadang-kadang kami kendong. Berat betoiiii!! takde pasai gi cari pasal...hoho.

Lucu...kami terjumpa kedai yang  diidamkan tu, yang dah tutup kat metro kajang dulu...Lupakan karpet kami seketika, kami masuk mencuba namun tak sesuai...abaikan! Urgh! Rasa nak muntah jalan-jalan tadi. Rasa tebal gak ar muka dengan penjual, asyik muka kami je yang berlegar-legar kat situ. Penat ke sana ke mari, kira puashati apa yang kami dapat beli, kami pun kembali ke tempat parking kereta semula setelah hari hendak hujan. 

Fulamak! Harga parking mencecah rm 10.50. Lamanya kami meronda. Kami pun pulang dalam kesesakan jalan raya disusur bandaraya apatah lagi time tu orang balik kerja. 
Tak pasai cari pasai je ambe! sakit badan, pening kepala. ermmm.... 





Monday, May 24, 2010

Menu Hari ini:



NASI AYAM RINGKAS STYLE UMI



Bahan untuk buat sup:

Ayam secukupnya ( 1 ekor ayam )
Rempah sup (haha...umi guna serbok sop sedap cap jam, HJH CIK JAH=perupok,bachok)
-sup bunjut pun boleh juga.
-bawang merah (4 ulas)
-bawang putih(2 ulas)
-halia (seruas jari)
-lada hitam. (sejemput sahaja)- ditumbuk
-air secukupnya untuk kuah sup + sukatan beberapa cawan lagi untuk buat nasi. (maksudnya kuah sup dilebihkan sukatannya sebanyak mana sukatan beras yang hendak dimasak, ambil kuah sup untuk masak nasi)

Caranya: 

1. Ayam yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk, 
2. masukkan agak-agak tenggelam ayam dahulu kemudian tambah lagi air untuk masak nasi. 
3. Tumbuk atau mayang semua bahan di atas kecuali rempah sop cik jah :) 
4. Tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan kuning.
5. masukkan semua tumisan ke dalam periuk rebusan sup dengan minyak-minyak sekali. 
6. Masaklah sup itu sesedap rasa, spt buat sup biasa. jgn lupa bubuh rempah sup & garamnya.
7.Setelah siap sup, keluarkan ayam dari periuk dan masukkan ke dalam bekas lain. Peraplah ayam tersebut dengan kicap cap kipas udang HABHAL'S- kicap lemak manis. Biarkan seketika.
8. kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi sekejap sahaja, jangan terleka, nanti keras pula...agak-agak nampak menggiurkan gitu. hahaa..(sekejap saja tau! nanti hangit pula) 
oke, siap bahagian ayam dan kuah sup.

Cara Buat Nasi Pula:

-2 helai daun pandan - disimpul
-4 kuntum bunga cengkih
-1 pelaga hindi
-sedikit kayu manis
-sekuntum bunga lawang

-3 ulas bawang merah - ditumbuk
-1 ulas bawang putih - ditumbuk
-sedikit halia - ditumbuk

Umi guna beras cap serindit - Agak keras sedikit beras ni, so kena tambah sukatan airnya (kuah sup) sebanyak 1 cawan lagi. Maknanya...kalau 3 cawan beras, masukkan airnya 4 cawan. Nak bagi nasi jadi cantik, rendam sekejap beras itu dengan air biasa sementara siapkan bahan untuk tumisan.

Panaskan 2-3 sudu marjerin di dalam kuali, tumiskan perkakas kasar (4 jenis rempah tadi: bunga lawang, pelaga hindi, kayu manis, bunga cengkih) kena beritahu semua ni...sebab umi rasa ada yang belum tahu lagi...anak-anak yang baru berjinak-jinak dengan dapur la ni...hehe.

Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk dan daun pandan yang telah disimpul.  

Tumis sehingga naik bau wangi, kemudian masukkan ke dalam rice cooker yang telah dibubuh kuah sup sebanyak 4 cawan tadi. JANGAN keliru...beras serindit tu...3 cwn beras, 4 cawan kuah. Takut lupa jer...Beras lain pun boleh jugak. Agaklah airnya tu. 

Bila airnya menggelegak, masukkan beras yang telah ditoskan. Sesekali kacau nasi itu dan biarkan ia masak.

Siap! Nasinya.

Untuk Sayuran/hiasan:

Daun salad - bersihkan sehelai demi sehelai
Tomato - hiris bulat-bulat
Timun batang - untuk mencantikkannya..garu dengan garpu dulu, baru hiris menyerong.
Nenas pun sedap jika ada - hiris juga

Ambil bekas untuk menghias, aturlah salad pada keseluruhan pinggan.  Tomato dan timun serta nenas susun berselang seli.
Di tengahnya letakkan ayam yang telah digoreng tadi. Potong daun sup dan daun bawang
taburlah sedikit atas ayam untuk hiasan.
siap untuk menghidang. 

Jangan lupa sosnya:

Lada hidup ditumbuk, masukkan sedikit sos tomato, garam, gula, air limau nipis dan tambahlah air masak untuk kepekatannya...rasalah dulu sesedapnya gitu..ngee...

Kicapnya...nak senang ambil je kicap kipas udang tu...huhu.

Hidanglah:

Hiasan salad dan ayam, nasi, kuah sup, kicap dan sos.
Sedia untuk disantap.


(hik3! sos dalam gambar ni, hanya sos cili sbb mmg x buat tadi, diorang x minat sos. )



Maaflah! Sebenarnya resepi ini sangatlah ringkas, tapi disebabkan anak-anak yang hendak belajar umi kena cakap satu persatu. Macam tutorial gitu. Huhu... Yang pendek dah jadi panjang berjela-jela. Tak apalah...asal anak kita faham dan bila perlu dapat digunakan.
Ermmm...fening2!

-umi-

Sunday, May 23, 2010

zombie kampong pisang...

Petang tadi semangat sangat bersihkan halaman yang dah semak
hehe...
baru perasan, pokok rhu depan rumah dah patut dicantas
itu pasal la posmen tak nak datang,
daunnya bisa mencucuk lobang idum! uoch!! 
ops! sorry...kami sangat bizi.

Lepas tu pergi siasat area pokok pisang,
wow!
ada empat tandan pisang
bolehlah bahagi kat anak-anak setandan sorang...
jangan sangka duduk KL tak boleh tanam pisang...


Yang ni nak masuk rumah jiran...



satu untuk...kak long!


satu untuk...kak ngah!


satu untuk...Idi!

satu untuk...mia!

jantung pisang tu umi nak!
nak makan hati berulamkan jantung nanti
hehehe
pisang pun kurus-kurus jer...
panas! panas! panas!

sebenarnya buah nenas pun ada gak..
tapi tetiba x ley nak upload gambar
huhuu...
 nak menunjuk la sangat!!!
berlonggok daun-daun kering yang kami bersihkan tadi 
harap-harap esok *Flora care~ datang ambik cepat2!
dah terang tang-tang dah umah kami!
weeee...

karangkraf.

salam...


kami pergi ke karangkraf,
dua hari berturut-turut.
Kenapa ye?
photoshootkah?..hehe
seperti keterujaan ramai orang?
o.o.o...t.i.d.a.k..

kami hanya teruja nak beli majalah
dara.com edisi 96 JUN '10
hari selasa (18/5), mula-mula kami pergi...
tak keluar lagi kata kak mah
yang kami kenali 
(ore kelate ni)
esok rabu (19/5), pergi lagi...
akhirnya dapatlah kami menatap
mukasurat 24,25,26
&
152, 153
yang kami nanti-nanti
tajuknya ialah:



p.s: kak ana, nanti cikza poskanlah!
tungguuuu...majalah dara.com nak melancong ke US nanti.
kak ana tunggu tau!


mia na o me..

mia dan dara.com
haha...promot-promot!!


Hari sabtu sudah tiba..
hari yang buat mia rasa lega dan gumbira,
sebab kami boleh jumpa..



mia, kfc & buah naga
tak sempat masak la mia, 
dah mia asyik call.."anda sekarang berada di lokasi mana?"
waduh2...bukan main laju lagi nak ke sana
jauh juga..hujan lebat pula huhuu..
doa2kan umi selamat sampai
tanpa saman
tanpa halangan
tunggu laa...kami sampai la tuh!
aduss...


Saturday, May 22, 2010

jari mengetuk...


Kenapa bulan mei tahun ini terasa lambat sangat habis. kenapa mei?
banyak betul peristiwa dalam bulan mei tahun ini. bila ditenung renung, sama banyak air mata suka dengan yang dukanya mengalir. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kepada Allah. Nur dan hidayahNya dapat membuatkan aku terfikir, hidup ini hanyalah fana, segala yang berlaku atas kehendakNya. Tiada Tuhan melainkan Allah tempat untuk merintih memohon segala. Berdoa dan terus berdoa semoga esok menjadi milik kita yang bersinar dan mewangi...

Tertarik dengan mutiara kata dari majalah dara.com edisi terkini;

Aku mengamati semua sahabat,
dan tidak menemui sahabat yang lebih baik
dari menjaga lidah, Aku memikir tentang 
semua pakaian, tetapi tidak menemui pakaian
yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan
tentang segala jenis amal baik, namun tidak
mendapatkan yang lebih baik daripada memberi
nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki,
tetapi tidak menemui rezeki yang lebih baik
daripada sabar.
-Khalifah 'Umar Al-Khattab

Oleh itu sabar adalah segalanya biarpun pahit, pasti ada rezeki untuk kita nanti.
sabarsabarsabarsabarsabarsabarsabarsabarsabarsabarsabarsabarsabarsabar
bak kata weeki, umi seorang yang sangat sabar, umi memang kuat sabar. 
Umi berharap, kesabaran umi di dalam pandangan Allah, Allah yang Mengetahui. 
Hidup ini sementara, kata-kata mutiara lagi...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima 
tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana
sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar,
tidak juga ketakutan melainkan Allah akan
mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi
bencana dan kesusahan tersebut,'
Riwayat al-hakim

Semoga sama-sama mendapat pengajaran dari mutiara kata tersebut.

Friday, May 21, 2010





AWARD DARIPADA BLOGGER TERHANGAT DI HATI UMI>>
sarazaqea.blogspot.com



ihiihii..
Terima kasih bebanyak buat kak ngah 
SARAZAQEA
sebab bagi umi award lagi
HAPPY
&
terharu lagi
perasan x
dah berapa kali umi buat entry 
asyik sebut 
T.E.R.H.A.R.U.
saja
kalau tak caya try la tengok kat entry terkini umi,
berjujut-jujut 
itu maknanya ada juga orang yang menghargai umi 
walaupun umi selalu sangat rasa rendah diri
kerana rasa diri tak disayangi
ALHAMDULILLAH
masih ada yang sayang padamu.
wahai hati jangan sedih-sedih lagi
Ops!
dah lari tajuk nih.
oke
s
t
o
p
.

ERMMM...
nak kena bagi award ni kat 5 bloggers lagi eh...

bagi kat:

mira
nazmi
romlah
zarith
elly


jangan maraa...kena tag!

lucky!!

Aku Ingin...




Aku ingin hidup secerah mentari 

Yang menyinar di kamar hatiku 

Aku ingin seriang kicauan burung 

Yang terdengar di jendela kehidupan 

Aku ingin segala-galanya damai 

Penuh mesra menggugah ceria 

Aku ingin menghapuskan duka nan lara 

Mengubat rindu di dalam dada 

Sedamai pantai yang memutih 

Sebersih titisan embunan pagi 

Dan ukhuwah ini pasti berputik 

Menghiasi taman kasih yang harmoni 

Seharum kasturi seindah pelangi 

segalanya bermula di hati 

Seharum kasturi seindah pelangi 

Segalanya bermula 

Di sini.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan;
Kasih ibu antara nampak,
Esok jangan sesal-sesalan.

Thursday, May 20, 2010

Hari Ibu Lagi...


Assalamualaikum w.r.b

Sungguh tak sangka, ingatkan dah habis hari ibu
setahu umi hari ibu jatuh pada 'hari sabtu, minggu ke-2, bulan 5'
setiap tahun
Alaa...tak kisah lah
biarkan saja bulan mei menjadi hari ibu sepenuhnya
maka bulan jun pula menjadi hari bapa .
sweet!!!

hari ini
umi terima coklat comel ini
dari seorang ibu
untuk 
seorang ibu
hmmm...

dengan ucapan selamat hari ibu...


terima kasih atas ingatan itu & menghargai...


setiap hari adalah hari ibu...


terima kasih kak Anna!
kak anna pun selamat hari ibu juga....
za tak tempah apa-apapun
buat kak anna
sepanjang bulan mei kali ini terlalu banyak suka dan duka
sampai terlupa nak celebrate 
macam tak penting jer...
huhuu...

*KAK ANNA, TERIMA KASIH!
sedap coklat tu,
t.e.r.h.a.r.u

kepada anak-anak yang mengucapkannya 
umi amat menghargainya
t.e.r.i.m.a.k.a.s.i.h
t.e.r.i.m.a.k.a.s.i.h
umi sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.





bye, weeki...

Salam 1 Malaysia


umi bersama weeki dan emaknya, puan linda


Terima kasih, sudi-sudilah datang lagi...
tak cukup rasanya datang hanya dua hari dua malam.
kita sembang pun tak habis lagi
bertukar-tukar cerita
selama mana kita tak jumpa
seronok!
suka duka kita sama-sama cover
weeki dah macam sebahagian dari famili kami
dia pun pandai bawa diri
walaupun emaknya berkali-kali memohon maaf
seolahnya weeki mengganggu kami. 
padahal antara kami dah serasi
emaknya cakap weeki slalu nak datang rumah umi
tapi dia tak kasi weeki datang sorang-sorang 
naik bas atau naik teksi
hehehe
begitulah sayangnya mak pada anaknya.
selamat pulang ke kluang, johor
hati-hati di jalan raya
pandu cermat jiwa selamat
.
istimewa dari papa weeki...
~hehehe~





anak dara umi



Yey...!!! Umi dah dapat dah...DARA.COM edisi 96 JUN'10 Petang tadi. 
Sapa nak angkat tangan! Umi beli banyak nie...hehee...

Tadi bawak weeki ngan kak long pergi spa, boleh temankan umi. Lama dah tak santai kat spa. ngee...2 malam je weeki sempat kat rumah umi. karang mak weeki dah nak datang ambik dah...nak balik Johor. Nanti kami rindu-rindu lagi. Weeki memang best! setiap sem mesti datang kunjungi umi...dia mesti! Hmmm...terharu sungguh umi.

Wednesday, May 19, 2010

coffin ^..^

semalam di ...

heheheheeee....


kitaorang x takuutttt...bawak senjata lagi...ni, payung!


Aik? amacammm...

happy...suka gambar ni :)


Amboi....!!


amboi...ambooii...amboooiii!!!

matawang: Duit pitis
(mas kahwin ke ni?)


di pelaminan raja sehari?


tetamu kami: weeki


ni majlis apa ni?
majlis akad nikah @ masuk islam?
hehehe...











Tuesday, May 18, 2010

Bila...



Cik Pipi Wan Kembang...



jumpa HANG ...yang ber TUAH


rupanya 18 Mei adalah hari MUZIUM sedunia
makanya...langkah kanan lah kami hari ini
tak kena bayaran masuk tapi kena tol parking kereta rm 2.00
walaupun dari KL ke seri kembangan dan sebaliknya
tanpa tol adanya
hehe
huhu
.

Ermmm...

..tak pasal-pasal gambar nih..

Dah seribu kali terfikir nak privatekan aku punya blog ni sebabnya aku rasa setail tulisanku ni lebih kepada diary. Semua rasa nak humban kat sini. silap-silap haribulan aku jadi moody. Biasalah tu, perempuan. maka sesiapa yang sekodeng dah fikir lain. Aduilah! Dah la aku ni banyak benda lain lagi nak fikir. Blog bukan lagi tempat hilangkan stress, tapi dah jadi semakin semak dan bermasalah. Urh!!

Kadang rasa menyesal pulak, kenapa la gatal sangat dulu buat blog, kalau aku still kolot tak mengenal erti semua ni, tak berbisik dengan abjad-abjad setia yang merungkai ayat-ayat nan bisu bercerita ni pun tak apa. Buka komputer sekadar nak baca surat khabar, nak cari maklumat apa-apa....kan tak timbul masalah. Semuanya bermula dari kekhilafanku. Kecuaianku melempiaskan segala rasa yang bermain di benak yang sesak. Apapun, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelalaianku sendiri. Kita manusia yang tak sempurna....apapun bisa terjadi.

Kadang terasa malu pada diri sendiri. Terpamer kedongkolan dek mengikut perasaan hati. Tapi salahkah aku nak titipkan untuk ingatan sendiri. Maalumlah, kalau menulis dengan pena dan kartu, macam mana pula nak abadikan potret-potret begini. Oh! blog ini tak best pun, tak ada tips-tips menarik untuk dikongsi. Masakan pun malas sekali nak menaip di sini. Tak macam blog orang lain yang punya nilai tersendiri. Bahasa yang menarik tak mampu untuk ditandingi. 

Kadang tersedar terfikir, tak layak untuk ku berada di kancah ini. Kalau nak menulis pun hanya untuk diri sendiri. Baca sendiri. Malu lah tulis macam-macam pastu orang judge walau tak pernah  tanya apa yang terjadi. Padahal mereka tak pernah mengerti apa yang dialami. Memang tak suka. Hati seorang ibu akan lebih memahami, tak perlu kutip dari universiti. Hanya yang mendekati sahaja yang kusayangi, yang betul-betul nak berkongsi. 

Arghh...dah-dah la tu menulis benda tentang hati. Baik pergi layan cerita lucu kat tv. Kelakar gila cerita 'SONATA LABU-LABI' yang pelakonnya adalah NABIL raja lawak arahan ADLIN AMAN RAMLI. Yang penting selain pelakon-pelakonnya yang happening, dialog-dialognya memang mencuit hati. Terik urat perut bagai nak putus gelak!!

Huhuu...nak tengok cerita lah.  Nak hiburkan hati. Ni asal terbangun pagi-pagi mencatat semua nih! Opss, tadi dah tidur...pastu tersedar sebab IDI call pukul 12 tengah malam tadi sebab nak cakap dia exam hari khamis ni...mohon restu dari ibu....Pastu lepas solat dah segar balik mata ini.

Ermmm....
 


Monday, May 17, 2010

happyyy...!!

ALHAMDULILLAH...!

MIA DAH HAPPY
tak nangis lagiii...
macam tu lah!!
sayang mia.

 mia baru call seminit dua tadi
dah dua kali..ermmm,
weeee....
syukur,
syukur!
harap-harap berpanjangan :)

sharing is caring :)




Putih - Rangsang Kepintaran Pelajar
www.iLuvislam.com
Dr Norhisham Wahab*
Dihantar Oleh: iera nadira
 
Editor: b_b



Cahaya merupakan tenaga spektrum yang sangat luas dan boleh dilihat. Mata difokuskan untuk melihat refleks tenaga untuk keperluan sel tubuh. Menurut Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab, frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh mata kasar bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm). "Warna-warna yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-unggu, infra-merah, gamma dan sinar x" beliau menjelas lagi. Warna-warna yang amat laju ini tidak sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka bumi ini.

Setiap unsur kimia di dalam tubuh dan di atas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna. Dalam tubuh manusia, warna memainkan peranan sebagai pengimbang sel untuk penyembuhan. Ini bermakna kita memerlukan warna-warna tertentu untuk hidup dengan harmoni. Menurut beliau lagi, setiap tujuh jenis warna pelangi mempunyai peranannya dalam fungsi tubuh.

Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka pada mata manusia dan juga meruakan sebahagian darpada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di planet ini. Cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran dan jarak gelombang. Warna terpancar bermula daripada gelombang jarak jauh, ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek, ukuran tinggi.





Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau.

Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat. Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman.

Kawasan sekolah sepatutnya di penuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna lembut, kerana warna bunga ataupun bangunan yang garang dan terang akan menggangu emosi pelajar dan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang berwarna lembut. Ini kerana warna baju yang dipakai oleh guru akan menjadi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan. Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak disukai oleh pelajar.

Ini menunjukkan wujud gangguan keseimbangan dan sekiranya berterusan akan membabitkan masalah disiplin. Mengapa kita rasakan kita tidak dapat menerima apa yang dipelajari pada waktu-waktu tertentu? Berdasarkan kajian sains fizik yang dijalankan oleh pengamal terapi getaran warna ini, setiap 24 jam waktu siang dan malam, berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali mengikut warna-warna pelangi.






Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum. Warna unggu pula mempu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu meransang minat pelajar.

Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang.

Fenomena gangguan keseimbangan oleh geteran warna-warna tertentu ini boleh dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati demam akan bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini. Sememangnya warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.

Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur positif. Misanya, pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.

Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga juga dikehendaki mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut. Ini semua berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan yang ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh menilai seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga dengan hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta bangunan dan perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna lembut.





* Sumber: Majalah Dewan Kosmik, Disember 2000.