Terima kasih ngah kerana bertungkus lumus menyiapkan segala untuk mia dari mengisi borang-borang sampailah mengemas loker. Semoga Allah sahaja yang akan membalas segala komitmen yang telah kak ngah berikan walaupun umi tahu kak ngah risau sangat kerana x dapat nak prepare untuk exam pada 10 Mei hari isnin, tapi kerana mia kak ngah abaikan semua tu sampai tak tidur malam sebab nak menyiapkan segalanya dengan kadar segera. kak ngah banyak bantu umi. Tapi kak ngah memang semangat tanda sokongan pada Mia. Terima kasih banyak-banyak. Memang seorang kakak dan anak yang baik punyer!!
Sejak kebelakangan ini, umi sangat risaukan kesihatan abah. Dalam kekalutan menyiapkan Mia, abah bergelut dengan kesakitannya. Dah berapa hari abah tak dapat tidur walau sekejip kerana sakit yang teramat. belum pernah umi melihat seorang abah yang umi kenali selama ini mengerang kesakitan, sakit yang sedia ada pun dah tertimbus dek penangan kesakitan yang baru ini. lantaran itu umi pun bagai paha kanan yang dicubit, paha kiri pun terasa juga.. Bagaimana situasi abah, begitulah juga umi. sama-sama tak dapat melelapkan mata. Last-last kita ke klinik juga di pagi buta. Setiap malam terasa bagai ketakutan kerana bimbang perkara yang sama berulang...memang yea, sudah 3 malam kami pergi menekan loceng kecemasan di klinik berkenaan di malam yang dingin sepi...
Pada hari ini pendaftaran mia di SM Sains Tapah, Perak. Itulah sebabnya kami pergi bertiga sahaja. Abah ada meeting kat NRE di putrajaya. Sakit pun pergi juga kerja. Abah tu memang. Kak long pula ada hal di UM. Kena pergi hantar dia ke UM lagi. Oh! x pernah habis2 urusannya di sana. Tapi katanya selepas ini dah settle, nak hantar fail nak pergi print dengan printer fikri kat sana. Oh! memang agak kalut. kita tengok nanti bagaimana. Ingatkan tadi nak pergi sama-sama hantar mia. mia asyik bersungut..huhuuu...
Semalam 10 Mei 2010, dah pergi ke pejabat smkss, hantar buku dan maklumkan tentang perpindahan ke sekolah baru. Tapi tak sempat jumpa guru kelas dan kawan-kawan Mia. Mana guru yang terserempak saja yang sempat jumpa. Maafkan Mia cikgu. Bayangkan, pukul 9.00 pagi isnin tu, kami ke pusat periksa menghantar kak ngah, masa tu mengantuk tak boleh nak celik mata sebab sering berjaga, kak ngah cakap, umi parking lah dulu, tidur sekejap dalam kereta, exam kak ngah dalam pukul 11 pagi...kmd umi memang terlelap, pastu bagai terdengar-dengar kak ngah cakap "...mi...mi...kak ngah nak gi dah ni...kak ngah rasa takut la mi...kak ngah rasa macam blank tak tahu nak jawab apa..." umi bekalkan sebingkis doa dan temankan kak ngah mencari tempat/kelas periksa itu. kmd umi berundur dan tinggalkan kak ngah di situ.
Kami (umi dan mia) singgah di SALAM Medical Centre untuk urusan Mia. Semalam nak buat kat Kajang Plaza Medical Centre...doktor tak ada. Semua urusan beroperasi ikut office hour. Sebab itu tukar tempat ke Shah Alam ni..Tak siap juga tapi dia janji akan call bila dah siap urusan itu nanti. Ingatkan sambil-sambil tunggu kak ngah selesai urusan mia ni, pastu kak ngah text msg cakap exam habis lambat. umi buatlah apa-apa yang perlu dulu sementara habis exam. saran kak ngah. Ok, kami pun balik dulu tapi dah sampai kat Taman 'U' teringat pegawai perubatan tadi tak bagi buku tawaran sbp tu kat kami, sedangkan nak pergi sekolah nak minta pengetua sign itu dan ini.
Kami patah balik ke Shah Alam yang amat jem ituh. Woih! tension giler kot. sempat juga umi leterkan mia kerana tak ingatkan umi, dan umi tertekan kot sebab telefon pun bertalu-talu dok tanya umi kat mana...cepat laaa...dah lewat nih kata abah dan idi dari rumah. Sian Mia...maafkan umi ea, mia sayang...pastu kita selesai jugak, tapi baru jer sampai sekolah mia, kak ngah pula call baru siap exam yang dah lari masa tu...patutnya siap dalam pukul 12 tgh hari, tapi dah jadi pukul 2.00 petang kerana perkara yg tidak dpt dielakkan. Bukannya salah kita...kita merancang, Tuhan yang menentukan. Aduilaaa...sabarlah ngah...tunggu kat situ nanti umi pergi ambik. tetiba hujan turun dengan lebatnya. kak ngah call lagi, tak ada sesiapa dah kat situ. Nak mintak tolong sapa, abah sakit...kak long pula x ada kereta dan tak nak bawa kereta dah walaupun kancil ada. Gen2 kat workshop. Umi sahaja yang berfungsi atas segalanya. Tempat exam tu pula bukannya di pekan yang ada ktm. tapi kat perumahan mewah di bukit jelutong. tak boleh balik sendiri. buntu!
Lepas tu kami balik ke rumah dengan banyak kerja tertunda kerana tak cukup masa. Kesian idi, lewat sampai nanti ke sekolah. Mana yang tak sempat tu umi simpan jer kat dalam kepala nih. Dah naik bengang otak ni. Kalau nak cerita satu-satu pun orang tak akan faham lagi kena marah adalah. kata tak pandai uruskan padahal umi dah cuba sedaya upaya dengan kudrat yang ada nak bereskan semua perkara dengan kadar segera. Oh...naik penat dan keras kejung dah seluruh jasad ini. Alhamdulillah tuhan telah bekalkan sedikit kekuatan mental dan fizikal dalam masa-masa yang terdesak begini. Insyaallah umi mampu handle. Kami sampai di SMSTSSS hampir pukul 8.00 malam kerana bertolak agak lewat. Maafkan umi Di...selepas bersalam-salam kami tinggalkan idi dan pulang ke KL..
Ingatkan hari Isnin tu dapat selesaikan semua yang telah dirancang tetapi kerana exam kak ngah tergendala kerana tiba-tiba calon exam berganda2 kerana hari last, dan ramai pula calon yang tukar pusat periksa la...tangguh ke tarikh dan hari ini laa... Ini menjadikan perancangan kita telah lari. Mana nak pergi hantar Idi ke SMSTSSS di Penang. Akhirnya, hantar idi sahaja hari isnin tu. Kami pergi semua sekali. Abah, Umi, Mia, kak Long, kak Ngah dan Idi. Oleh kerana abah sudah mengambil cuti nak menghantar anak bongsunya masuk asrama, sakit-sakit pun, abah ikut juga. sangat risau. Tapi nak tinggalkan keseorangan lagi lah risau. Apapun biarlah ada sekali. Dalam perjalanan balik, tak sanggup rasanya tengok abah mengaduh sakit. Umi pula amat mengantuk kerana sejak beberapa hari ini macam tak cukup tidur dan banyak ke sana-sini uruskan anak-anak terutamanya mia. Sampaikan Idi yang balik pun tak sempat umi nak memasak sedap-sedap untuknya. Terdengar juga keluhan...tapi mungkin Idi memahami. sempat juga belikan seekor arnab untuk projek idi pun dah terasa amat lega. kalut-kalut pun sempat juga ke Mid Valley, usha-usha rabbit kat kedai pet di situ. Melayani haiwan peliharaan yang ada di situ terasa lapang kepala. tenang jiwa. terhibur.
Esoknya, sebelum ke Perak, umi dan mia pergi ke SMK SERI SERDANG untuk ambil buku-buku tulis dan latihan yang ada dengan cikgu-cikgu di sana. Sementelah pula, belum pun mia bangun tidur, guru kelas mia call...nak cakap dengan mia. Dia terasa hati sebab tak cakap awal-awal nak pindah sekolah. Katanya...kami amat merasa kehilangan, damia seorang murid yang disayangi di sini. Ustazah kirim salam, cikgu-cikgu pun kirim salam kat mia kerana tak sempat jumpa. Tahniah dari kami, puan...biarlah mia pergi demi masa depannya...kami reda. Itulah keluhan cikgu kelas mia. Maafkan kami cikgu, kami dapat surat tawaran pada hari jumaat. so, kami amat kesuntukan masa. mana nak buat medical check up, mana nak sediakan segalanya dalam kadar yang segera apatah lagi sabtu dan ahad adalah hari kelepasan am. kepayahan untuk tujuan berurusan di situ. Plannya nak daftar hari Isnin kerana pihak sekolah SMS Tapah call kami supaya segera mendaftar. Jika melengah-lengahkan, terbatal pula tawaran itu. URH!
Alhamdulillah, sempat juga mia jumpa cikgu Norizan dan kawan-kawannya di kelas satu setia tadi. Semoga semangat setiakawan kekal sampai bila-bila.
Selepas ke sekolah smk seri serdang, kami singgah kedai gambar di Equine park, cuci gambar sebanyak 12 keping. Lepas itu singgah kedai Mubarak, beli setem rm 0.50 di post office, 12 keping juga dan sampul surat 12 keping kami dah beli siap-siap. Balik rumah terus angkat barang-barang ke dalam kereta. Abah call, katanya dia pergi meeting juga di Putrajaya. Tak buat lagi scan sebab orang ramai sangat so, abah ke ofis dulu. Sakit-sakit pun pergi kerja jugak, meeting lagi! eee...geramnyer. Nanti umi balik dari Perak nak pergi dengan umi malam ni kata abah. Kami meneruskan perjalanan ke SHAH ALAM SPECIALIST HOSPITAL untuk ambil mia punya result medical check up nya. Semalam lagi pihak hospital call suruh pergi ambil tapi masa amat tidak mengizinkan. Ingatkan nak singgah masa on the way ke Penang, tapi semua orang dah marah kerana sangat lewat dan hujan pun amat lebat. So, abaikan saja...esok lah kita berurusannya.
Cukup sampai di sini dulu...abah ajak ke hospital lagi. skrg jam pukul 1 pagi...Tentang entry yang berbelit-belit ini, tak apalah asalkan umi sahaja yang faham dan ingat apa yang umi tulis nie...bukan untuk orang teropong kisah hidup umi. Tolong jangan menilai kalau tak pernah mendekati kami. Umi hanya respect pada orang yang rapat dalam hidup umi. Siapa yang tak ngam dengan umi tu, sila permisikan diri. Jangan nak memandai nak ajar anak umi jadi anak yang tak mengenang budi. Kasar amarah umi ni, tapi memang geram bila orang nak campur tangan padahal baru kenal tak sampai satu sem pun. Siapa kamu nak berat sebelah? Geram nih. Harap maklum!
No comments:
Post a Comment