Waduh! Terasa bagai terkena kejutan budaya bila tiba-tiba mia tak ada. bangun pagi tiada lagi nak gosok uniform sekolah mia...tiada lagi nak buat breakfast mia...nak sediakan bekal untuk mia...bubuhkan air dalam bekas air mia...dan yang paling terasa, hantar mia ke sekolah. Itulah rutin harian masa mia kat rumah. Apa-apapun, hantar dan ambil mia di sekolah adalah satu kewajipan. Sebab hanya dia sorang lagi yang bersekolah dan tinggal kat rumah. Waduh-waduh terasa janggal sekali.
Tapi kuasa Allah, dengan pemergian mia ke asrama penuh itu, kesihatan abah pula terganggu. Jadi ini adalah masa terbaik untuk umi menumpukan sepenuh perhatian dan berkhidmat menjaga abah. Kalau tidak mungkin kalut pula nak ambil dan hantar mia ke sekolah. Alhamdulillah, Allah sentiasa memudahkan segala urusan kami. Melapangkan masa untuk apa-apa tujuan. Semoga abah cepat-cepat sembuh. Dan kesihatan umi maintain begini, dapat bersiap sedia bila-bila masa diperlukan. Sakit sikit-sikit tu adalah asam garam kehidupan. Jangan sakit hati sudah. Tak ada ubat jika dihinggapi sakit yang satu nih!
12510, kami ke KPJ Kajang. Di sana kami hanya membuat tarikh temujanji sahaja. Kesakitan abah macam tu juga. Sepatutnya kami kena rujuk ke pakar urologi iaitu Dr Ridzwan bin Yusof tetapi malangnya hari itu doktor terlibat dengan dua pembedahan. Jadi kami kena buat appointment untuk jumpa pada hari jumaat ni. Kami balik dengan rasa kecewa setelah ke sana ke sini tanpa apa-apa kepastian. Mahu saja umi ajak ke KPJ Shah Alam tapi abah hanya berpuashati di situ sahaja. Abah nak buat appointment juga. Oh! Tempat lain banyak lagi boleh pergi, abah...nanti malam ni sakit lagi...
Kami pulang ke rumah. Cuaca pun tak menentu, kadang panas terik, tetiba hujan pula mengundang. Balik ke rumah, umi masak tapi abah tak ada selera nak makan apa pun. Susah hati jugak umi nih. Dalam abah bersungut, tak boleh jadi ni...sakit tak juga kebah-kebah. Kami rehat seketika. umi terlelap terus, sedar-sedar umi dikejutkan oleh kak long, "umi...umi...cepat...cepat! Mia call nie..." Dalam keadaan mamai umi dengar suara si bongsu umi dari kejauhan..." umi...sabtu ni boleh outing, umi mari neh!, umi bawak buku....umi bawa juga stoking, stongan dan sepit rambut hitam" Ermmm...oke! Tapi abah ada temujanji dengan doktor hujung minggu ni..."alaa...siannya abah, tapi umi datang tau!" mia kata. Insyaallah...abah pun dah bersungut nak buat surprise nak pergi senyap-senyap ke sekolah mia sebenarnya. Dari semalam abah beri saranan tu kat umi. hehe. Abah dah rindukan mia la tu...Doktor 'X' dalam keluarga kita la katakan mia nie...
Alhamdulillah kerana dapat berehat dan tidur tadi. Rasa sihat sikit walaupun masa terkejut tadi rasa sengal-sengal seluruh badan. Maalumlah sejak Mei ni, macam-macam hal yang terjadi. Umi banyak drive. Tekan pedal crv ni walau pun selesa tapi amat terasa lenguh urat saraf lebih-lebih lagi rasa kejang kat kaki dan bahagian leher dan di belakang. Biology timing pun dah banyak lari. Tidur yang tak cukup memang dah rasa macam terapung-apung di awangan. Tapi Allah masih memberi kudrat yang bukan sedikit untuk bertahan.
Hari beransur lagi, mujurlah ada kak ngah dan kak long sedang bercuti. Kami sama-sama berganding bahu menghadapi semua ini. Hari-hari kami penuh dengan teka-teki. Apa yang akan berlaku malam ni...berdebar sungguh kami. Kami sentiasa doakan abah tak akan apa-apa. Tapi sakit yang datang bukan boleh disangka-sangka. Malam tadi, pukul 1.00 pagi, abah nekad nak pergi hospital, nak masuk wad. Kami ikut saja apa yang abah mahu. Kami siapkan apa-apa yang perlu dibawa. Umi pun drive kereta ke Hospital Serdang, sebab dekat dan senang nak berulang.
Kami pergi ke tempat kecemasan kerana abah sakit sangat-sangat. Hanya itu sahaja yang mampu kami fikirkan kerana abah seorang penjawat awam. Abah yang nak pergi ke situ. Malangnya, amat lama menunggu. Pukul 1.30 pagi kami menunggu, jam 4.00 pagi baru dapat jumpa doktor. Umi nampak abah tabah. Cuma abah berulang alik ke tandas kerana sakitnya.
Akhirnya abah diperiksa, di scan lagi disuntik dan diberi surat supaya datang esok untuk ambil result x-ray dan buat appointment lagi dengan pakar urology. Kami pulang ke rumah dengan harapan abah yang gundah kerana tak dibenarkan masuk wad. Kadang-kadang rasa lucu jugak abah nih! hmmmm....alah, bila dah sakit sangat tu apa pun bisa terjadi.
Sampai rumah jam hampir 5 pagi. Mata sangat mengantuk. mujur abah dah tenang sikit kerana dicucuk ubat tahan sakit tadi. abah dapat tidur malam ni. umi pun tertidur juga...
Pagi tadi macam biasa umi tersedar dina x dina lagi. Sebelum subuh. Umi tengok abah dah tercongok menahan sakit. Perut kembung lagi. Abah tak tahan. Gelisah menahan sakitnya. Umi dah bingung nak buat macamana. Cuma pagi ni nak ke hospital lagi. Lalu umi pun ke dapur, masak bubur untuk abah. Tak lalu pun makan sikit pun jadi laa. Pastu kan abah nak makan ubat. Selepas itu kami bersiap untuk ke hospital lagi.
Begini lah hidup di kota metropolitan, tapi abah kata tak apa, kita masih bertuah kerana diberi kemudahan berbanding mereka yang lagi susah dari kita. Umi insaf. Terasa diri dan umur semakin senja. Segalanya kena buat sendiri. Tiada lagi mak dan wan. Tiada juga sanak-saudara di sisi. Pandai-pandailah uruskan. Anak lelaki yang besar pun tak ada. Sebab itu lah bila umi kenal siapa-siapa yang memahami, umi dah rasa sayang dan mulalah anggap macam keluarga sendiri... Ish! Tetiba...rindukan Idi...anak jagoan umi.
Kami pergi berdua sahaja ke hospital tadi. Hanya pergi hantar surat yang doktor beri dinihari tadi. Abah akan jumpa pakar 2 minggu lagi. Urh! Lambatnyeaaa...abah yang sakit ni macamana?
Semoga esok masih ada sinar...Ya Allah ampuni salah silap ku selama ini.
No comments:
Post a Comment