..tak pasal-pasal gambar nih..
Dah seribu kali terfikir nak privatekan aku punya blog ni sebabnya aku rasa setail tulisanku ni lebih kepada diary. Semua rasa nak humban kat sini. silap-silap haribulan aku jadi moody. Biasalah tu, perempuan. maka sesiapa yang sekodeng dah fikir lain. Aduilah! Dah la aku ni banyak benda lain lagi nak fikir. Blog bukan lagi tempat hilangkan stress, tapi dah jadi semakin semak dan bermasalah. Urh!!
Kadang rasa menyesal pulak, kenapa la gatal sangat dulu buat blog, kalau aku still kolot tak mengenal erti semua ni, tak berbisik dengan abjad-abjad setia yang merungkai ayat-ayat nan bisu bercerita ni pun tak apa. Buka komputer sekadar nak baca surat khabar, nak cari maklumat apa-apa....kan tak timbul masalah. Semuanya bermula dari kekhilafanku. Kecuaianku melempiaskan segala rasa yang bermain di benak yang sesak. Apapun, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelalaianku sendiri. Kita manusia yang tak sempurna....apapun bisa terjadi.
Kadang terasa malu pada diri sendiri. Terpamer kedongkolan dek mengikut perasaan hati. Tapi salahkah aku nak titipkan untuk ingatan sendiri. Maalumlah, kalau menulis dengan pena dan kartu, macam mana pula nak abadikan potret-potret begini. Oh! blog ini tak best pun, tak ada tips-tips menarik untuk dikongsi. Masakan pun malas sekali nak menaip di sini. Tak macam blog orang lain yang punya nilai tersendiri. Bahasa yang menarik tak mampu untuk ditandingi.
Kadang tersedar terfikir, tak layak untuk ku berada di kancah ini. Kalau nak menulis pun hanya untuk diri sendiri. Baca sendiri. Malu lah tulis macam-macam pastu orang judge walau tak pernah tanya apa yang terjadi. Padahal mereka tak pernah mengerti apa yang dialami. Memang tak suka. Hati seorang ibu akan lebih memahami, tak perlu kutip dari universiti. Hanya yang mendekati sahaja yang kusayangi, yang betul-betul nak berkongsi.
Arghh...dah-dah la tu menulis benda tentang hati. Baik pergi layan cerita lucu kat tv. Kelakar gila cerita 'SONATA LABU-LABI' yang pelakonnya adalah NABIL raja lawak arahan ADLIN AMAN RAMLI. Yang penting selain pelakon-pelakonnya yang happening, dialog-dialognya memang mencuit hati. Terik urat perut bagai nak putus gelak!!
Huhuu...nak tengok cerita lah. Nak hiburkan hati. Ni asal terbangun pagi-pagi mencatat semua nih! Opss, tadi dah tidur...pastu tersedar sebab IDI call pukul 12 tengah malam tadi sebab nak cakap dia exam hari khamis ni...mohon restu dari ibu....Pastu lepas solat dah segar balik mata ini.
Ermmm....
No comments:
Post a Comment