16 MAY 2010 : SELAMAT HARI GURU~
Hari ini gembira sangat dapat bertukar khabar dengan anakanda.
Hari ini juga kami tak ke mana-mana. Plan nak pergi ke kenduri yang terlepas kelmarin hanya berlalu begitu sahaja. Hanya mendoakan dari kejauhan semoga mempelai berbahagia selamanya. Seperti biasa, samada hari sabtu atau ahad abah akan ajak keluar, walaupun sekadar pusing-pusing di sekitar sahaja pun tak apa.
Kami baru bercakap-cakap pasal mia, hari ini tak call kot, sebab kelmarin dah jumpa. Ops! Agaknya mia terdengar-dengar...tup2 telefon berbunyi lagi...umiiii....uhuk2! umi kat mana? Mia rindu umi...mia nak dengar suara umi...bila dengar suara umi, mia rasa nak nangis! Ermmm...Jangan macam tu...mia kena ingat, mia berada di situ sebab hendak belajar, mana boleh macam tu. Bila mia teringatkan umi, mia kena ingatkan Allah, ingatkan niat mia demi masa depan. aduss...dah jenuh nasihat macam-macam, tapi macam itulah juga...umi..mia stress kat sini...itu lah yang dia cakap. Mia teringatkan umi...alahai...abah dah tak kuasa, abah cakap, umi bawak balik lah anak umi tu...Tapi umi masih lagi mampu pertahankan, umi masih sanggup mengangkat lewat panggilannya yang bertalu-talu. Sampaikan abah cakap, segalanya abah serahkan pada umi sahajalah. Abah cepat angkat bendera putih!!!
Oh! Anakku...sabarlah...sabarlah...umi sentiasa doakan ketenangan buatmu.
Baru tingkatan satu jer pun...biasalah tue...baru-baru...asyik rindu. Bila dah sibuk belajar dan banyak aktiviti nanti semuanya akan berakhir. Insyaallah...Budak-budak lain pun tengah mengalami situasi yang sama. Mereka dekat dengan parents kot, asyik-asyik tercongok datang...itulah yang mempengaruhi sebenarnya.
No comments:
Post a Comment