Friday, May 14, 2010

senyuman


Jika kak ngah dengan contest ' SENYUMAN PALING MENAWAN',
umi pula tanpa contest tapi mengulum 'SENYUMAN PALING TENANG'

Kenapa?

Sebabnya..tenang sikit hati umi bila abah dah oke. Semalam abah sudah dapat tidur dengan tenang dan nyenyak walau sesekali bertukar posisi, itu adalah lumrah..lenguh! hehe. Dah ada selera makan dan dari petang sudah buat kerja-kerja ofisnya kat rumah hingga ke malam. Begitulah abah sangat komited dengan kerja. Semalam pun dah sampai ke telinga umi...esok, abah nak pergi ofis! Walhal surat cuti belum berakhir. Orang kat ofis pun tak reti-reti, orang tgh sakit pun bertalu-talu hantar msg...suruh buat taklimat itu dan ini. Berilah sedikit waktu untuk diri sendiri. Kadang-kadang kita harus memikir, sebanyak mana pun telah kita memberi, suatu hari akan terasa kosong juga apabila kita tidak pernah dihargai oleh orang yang tak pernah tahu untuk menghargai. 

*Ngah, Kita serupa, dihentam dari belakang oleh MEREKA yang kejam tak pernah faham. Banyak-banyaklah bersabar. Cantikkan ngah...bila dapat menjadi seperti anggerik yang sepi di hutan belantara, cantik dan wanginya hanya ditemui oleh mereka yang berusaha mencari, menyelidik spesis macam kita ini dan cuba untuk mengerti. Kita bukan bunga plastik yang kembang di jalanan. Mendapat sambutan dan dijulang. Kita terpinggir tapi memikir. Apa yang kita rasa adalah cetusan dari persekitaran. Orang susah faham kita tetapi jika mereka mendekati dan cuba memahami, kita sebenarnya bukanlah kolot sebenarnya. Cuma kita hanya memantau, menegur mana yang tidak kena. 

Bukankah anggerik itu biasanya bernilai tinggi? Ngah, jadilah anggerik itu. Kita berserah hanya pada Allah, seadil-adil neraca di tanganNya. Kita bukannya buta untuk menilai siapa mereka, plastik belaka.Sudah terang lagi bersuluh. Kita tengok saja. Usah kita bersuara. Carilah sokongan dari serata alam. Naluri seorang ibu lebih tajam dari MEREKA.



1 comment:

Sarazaqea said...

uk aloh lah...umi ni...dop masuk contest pulok doh..

hurm..mujo la abah bulih tido. (staro tu gak, happy dooh dh) siye ko abah kalu tgok gak, wuhuuu. pgak, brehi bena dio wt kijo. uhuu. bkpo la gitu mo nah~ ore jabat ni pun satu hal. abah bulih cuti mc tuh buleh lg diooooo :[ (bleber sini niiiii...xpo koooo?)
umi tu, mari lah kito happy2,,mari la kito gi nopat nopat lua umh mi....wt ile lenguh2 bade..hehe. terimakasih byk atas kata-kata umi, kakngah pege pah ko tuo..kito ni jenih menilai dr pelbagai aspek, alik ni xkeno, alik tu xkeno~ ceywah. tapi buke sensitif. cumo nk cbo wak hk tbaek. ko rano mi?

peribahaso kngh:
bialah kito buke ank mah, tapi kito jadi diri sdiri, kito fikir logik mugo matured doh key loni....ceyceycey. panje nyo