Wednesday, May 12, 2010

sepatutnya: 10510


Tetapi : selasa 11510.

Kami sampai  jam 1.45 petang. Terus ke bilik pendaftaran. Semua urusan berjalan lancar. Mia rumah hijau, kelas 1 ixora. sesudah membuat segala bayaran dan dapatkan cadar dan selimut, kami mula mencari bilik 9/1. Wah...semuanya berwajah baru. Angkut barang-barang mia. murid-murid lain mula usai waktu belajar. Mia belum lagi sebab daftar lambat. huhuu...kami masih berkemas. Umi kagum dengan roomate yang baik-baik dan sopan itu. Mereka telah diasuh, bisik hatiku. Tema sekolah pun 'Berilmu, Berakhlak'.


 Syukurlah...harap-harap mia pun terdidik begitu di situ. Mereka datang untuk menolong. Umi dah faham sangat dengan budak-budak ni, anak umi dua di integrasi - rumah biru, dua lagi di sekolah sains - sama-sama dapat rumah hijau. hehe. mia nampak oke, tapi tetiba hilang mood sebab tertengok seorang murid tu tengah menalipon ibunya dengan tagisan non-stop. Alaa...kacau daun la budak nih. nangis bagai nak rak pulak dia. Pastu ada pula murid cakap esok ada test. Mia dah rasa terganggu. Dah rasa cuak sebab dia belum pun masuk kelas dan persekitaran baru dah nak test. Nampak sangat mia gelisah. Asyik-asyik cakap...miii...takut lah esok streaming test tu...relax mia...relax!

Kami pergi solat di masjid sekolah.  Masa tu kak ngah  yang kaw-kaw ngemas.Kemudian kak maria datang sambil borak, kami mengemas mana yang patut. Lepas tu kak yam call, cakap sekarang abang kat hospital Ampang Puteri. Umi pun cakap la, abah pun sakit juga sekarang. Oh, sakit abang pun sama juga. kencing berdarah. Tapi abang dah masuk wad kakak yg sedang tunggu. Masa berinjak ke senja. Mia tak ikut kawan-kawan lain masih dengan kami kerana cikgu dah bagi permission, kalau nak bawa keluar pun boleh hari ni. tapi kena bawa balik ke sekolah lah, kami pun apa lagi...bawa mia jalan-jalan ke bandar Tapah, cari barang yang belum cukup. Baju-T kadet, bateri jam loceng dan lain-lain. Best la bandar Tapah tu, semua ada...bank ada, kfc ada, stesen bas dan kereta pun dekat je, kedai buku dan photostat semua ada. Kalau time outing tu kira senang lah nanti.

Kemudian kami singgah makan di tepi lereng bukit ke cameron highland tu. Sedap, kenyang dan banyak. Ajak makan sate tak nak. Kak Maria call tengah tunggu nak bagi ubat abah. Kami bergegas ke sekolah semula. Mia segera menukar pakaian riadah. Jumpa Lin dan mia terus join. Anak doktor rafidai pun ada. Huhuhuu...nampak dah serasi kat situ...happy jer dia. Kemudian jumpa tok wan dan mak yang datang dengan kak maria. Ya Allah, terima kasih banyak-banyak kerana susah-susah datang dari Ipoh semata-mata nak bagi ubat untuk abah. Kita berikhtiar. Ingatkan kami nak ke Ipoh, tapi mereka yang datang ke sini pulak. Kami sempat borak santai sambil memerhati anak-anak yang menjalani kehidupan di situ tanpa ibu...tanpa ayah...hidup berdikari. Syabas Mia, menjadi salah seorang penghuni di situ. Pandai-pandailah survive hidup bila umi balik nanti.

Pukul 6.00 kami beransur permisikan diri. Mia dah entah ke mana dengan Lin. setelah berpuluh kali salam peluk cium dengan umi...alahai. Perjalanan pulang ke KL tinggal kami berdua...umi dengan kak ngah. kami rancak berbual macam-macam topik, macam-macam mood ada. sedar-sedar kami dah dekat nak sampai KL...bertolak tadi pukul 6.00...sekitar pukul 7.30 kami dah sampai kat mid valley. kami sudah calling-calling dengan kak long sebab nak ambil dia terus dari UM. Rupanya dia dah di mid sebab nak naik ktm. singgah solat maghrib di situ sambil ke jusco jap nak cari sengkuang cina untuk ubat abah. Kami balik ke rumah lepas tu.

Rasa sakit dan lenguh-lenguh badan lalu berehat sebentar. Abah masih rasa sakit, umi terlelap sekejap tapi tersedar abah cakap...umi...abah sakit sangat, abah nak pergi hospital lah...umi bingkas bangun dan bersiap. Kami turun rumah pukul 11.30 malam dan sinngah kat klinik untuk scan. Memang ada batu karang dalam ginjal. Perut rasa kembung dan itu lah yang menyucuk-nyucuk abah. Doktor menasihatkan kami ke klinik pakar untuk tindakan seterusnya. Kami dibekalkan ubat-ubatan untuk melegakan sakit abah. Doktor juga bagi surat untuk dipanjangkan ke hospital yang berkenaan. Kami pulang dan bertekad hendak ke KPJ Kajang esok paginya. Tetapi malam itu masih suram, abah masih juga mengerang kesakitan. Dah empat malam abah tak dapat tidur, hanya mampu tidur sambil duduk sahaja. Kesian sangat-sangat kat abah...dan air mata umi pun berjejeran!


3 comments:

A love too srong to die said...

insyaallah semoga dipermudahkan urusan.semoga umi tabah dalm mghadpi ujian allah ni.

wannza said...

Terima kasih, mi!
Insyaallah...

nur iman said...

kita sama2 berdoa.semoga segala2 nya berjalan lancar n ayoh din cepat sembuh.