Monday, May 24, 2010

Menu Hari ini:



NASI AYAM RINGKAS STYLE UMI



Bahan untuk buat sup:

Ayam secukupnya ( 1 ekor ayam )
Rempah sup (haha...umi guna serbok sop sedap cap jam, HJH CIK JAH=perupok,bachok)
-sup bunjut pun boleh juga.
-bawang merah (4 ulas)
-bawang putih(2 ulas)
-halia (seruas jari)
-lada hitam. (sejemput sahaja)- ditumbuk
-air secukupnya untuk kuah sup + sukatan beberapa cawan lagi untuk buat nasi. (maksudnya kuah sup dilebihkan sukatannya sebanyak mana sukatan beras yang hendak dimasak, ambil kuah sup untuk masak nasi)

Caranya: 

1. Ayam yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk, 
2. masukkan agak-agak tenggelam ayam dahulu kemudian tambah lagi air untuk masak nasi. 
3. Tumbuk atau mayang semua bahan di atas kecuali rempah sop cik jah :) 
4. Tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan kuning.
5. masukkan semua tumisan ke dalam periuk rebusan sup dengan minyak-minyak sekali. 
6. Masaklah sup itu sesedap rasa, spt buat sup biasa. jgn lupa bubuh rempah sup & garamnya.
7.Setelah siap sup, keluarkan ayam dari periuk dan masukkan ke dalam bekas lain. Peraplah ayam tersebut dengan kicap cap kipas udang HABHAL'S- kicap lemak manis. Biarkan seketika.
8. kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi sekejap sahaja, jangan terleka, nanti keras pula...agak-agak nampak menggiurkan gitu. hahaa..(sekejap saja tau! nanti hangit pula) 
oke, siap bahagian ayam dan kuah sup.

Cara Buat Nasi Pula:

-2 helai daun pandan - disimpul
-4 kuntum bunga cengkih
-1 pelaga hindi
-sedikit kayu manis
-sekuntum bunga lawang

-3 ulas bawang merah - ditumbuk
-1 ulas bawang putih - ditumbuk
-sedikit halia - ditumbuk

Umi guna beras cap serindit - Agak keras sedikit beras ni, so kena tambah sukatan airnya (kuah sup) sebanyak 1 cawan lagi. Maknanya...kalau 3 cawan beras, masukkan airnya 4 cawan. Nak bagi nasi jadi cantik, rendam sekejap beras itu dengan air biasa sementara siapkan bahan untuk tumisan.

Panaskan 2-3 sudu marjerin di dalam kuali, tumiskan perkakas kasar (4 jenis rempah tadi: bunga lawang, pelaga hindi, kayu manis, bunga cengkih) kena beritahu semua ni...sebab umi rasa ada yang belum tahu lagi...anak-anak yang baru berjinak-jinak dengan dapur la ni...hehe.

Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk dan daun pandan yang telah disimpul.  

Tumis sehingga naik bau wangi, kemudian masukkan ke dalam rice cooker yang telah dibubuh kuah sup sebanyak 4 cawan tadi. JANGAN keliru...beras serindit tu...3 cwn beras, 4 cawan kuah. Takut lupa jer...Beras lain pun boleh jugak. Agaklah airnya tu. 

Bila airnya menggelegak, masukkan beras yang telah ditoskan. Sesekali kacau nasi itu dan biarkan ia masak.

Siap! Nasinya.

Untuk Sayuran/hiasan:

Daun salad - bersihkan sehelai demi sehelai
Tomato - hiris bulat-bulat
Timun batang - untuk mencantikkannya..garu dengan garpu dulu, baru hiris menyerong.
Nenas pun sedap jika ada - hiris juga

Ambil bekas untuk menghias, aturlah salad pada keseluruhan pinggan.  Tomato dan timun serta nenas susun berselang seli.
Di tengahnya letakkan ayam yang telah digoreng tadi. Potong daun sup dan daun bawang
taburlah sedikit atas ayam untuk hiasan.
siap untuk menghidang. 

Jangan lupa sosnya:

Lada hidup ditumbuk, masukkan sedikit sos tomato, garam, gula, air limau nipis dan tambahlah air masak untuk kepekatannya...rasalah dulu sesedapnya gitu..ngee...

Kicapnya...nak senang ambil je kicap kipas udang tu...huhu.

Hidanglah:

Hiasan salad dan ayam, nasi, kuah sup, kicap dan sos.
Sedia untuk disantap.


(hik3! sos dalam gambar ni, hanya sos cili sbb mmg x buat tadi, diorang x minat sos. )



Maaflah! Sebenarnya resepi ini sangatlah ringkas, tapi disebabkan anak-anak yang hendak belajar umi kena cakap satu persatu. Macam tutorial gitu. Huhu... Yang pendek dah jadi panjang berjela-jela. Tak apalah...asal anak kita faham dan bila perlu dapat digunakan.
Ermmm...fening2!

-umi-

3 comments:

zarith said...

sedap!!!!!
tibe2 lapar!
huhu

Sarazaqea said...

SEDAP NIH....SEDAP SEDAP
TULIS HURUF BESAR SEMUA SEKALI SEBAB SEDAP SANGAT-SANGAT :D

nur iman said...

bulih try ni. =)