Tuesday, May 11, 2010

Teka nama buah...


Ini ada satu cerita yang pernah umi dengar dari seorang kawan yang juga seorang guru.
guru tersebut memberi soalan kepada muridnya, sekiranya dapat memberi jawapan dengan tepat dan cepat beliau akan memberi rm 2.

Sebutkan sepuluh nama buah-buahan yang bermula dengan huruf  'N' :

1)  .......................
2) ........................
3) ........................
4) ........................
5) ........................
6) ........................
7) ........................
8) ........................
9) ........................
10).......................


( cuba namakan buah-buahan tersebut )
Pat2 siku lipat, sapa cepat dia dapat!
Yang ini versi umi, jawab la dulu, nanti umi sambung entry nie...

ermmm....nak sambung cerita ni lah, nak cerita pasal lain pulak;

Sebelum guru tersebut keluar kelas tersebut, seorang murid briya-iya hendak menjawab soalan itu dan meminta duit rm 2 yang dijanjikan oleh gurunya. kita tengok apa jawapannya...hahaahaaa...

1) nangka
2) nenas
3) naga
4) nambutan
5) nurian
5) nimau
6) nangsat
7) nembikai
8)niku
9) nempedak
10) nanggis

nekgu..nekgu..naya nadat nawab nengan netul, nekgu nena nagi nuit nekat naya nuwa ninggit nekarang nuga.

guru berkenaan menggaru kepala kerana terkena...(dalam hati...melayang duit rm2 aku..)
NAKAL budak nih.
sengau yang sengal...ambik kesempatan, bijak....bijak!